mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Dasar dan pentadbiran kesihatan di Kelantan 1910-1941

Nik Mustafa, Nik Afifah and Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2014) Dasar dan pentadbiran kesihatan di Kelantan 1910-1941. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 10.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (806kB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini membincangkan mengenai dasar dan struktur pentadbiran kesihatan yang wujud di negeri Kelantan serta reaksi yang diperlihatkan oleh pihak yang dianggap berkepentingan dalam pemerintahan Kelantan.Persoalan pokok yang akan dianalisis dalam kertas ini menyentuh soal sejauhmana reaksi pihak yang berkaitan seperti sultan, pembesar dan ulama Kelantan terhadap perkembangan dalam usaha melancarkan perjalanan pentadbiran kesihatan.Perkembangan dan kemajuan sistem kesihatan awam di Kelantan sebelum ini didapati agak kurang memuaskan memandangkan masyarakatnya masih kurang mendapat pendedahan terhadap kaedah moden dalam teknologi kesihatan. Kebergantungan kepada kaedah dan cara perubatan tradisional menyebabkan mereka sukar menerima bahkan menolak rawatan melalui kaedah-kaedah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Ketidakyakinan dan kurang kefahaman yang jelas oleh masyarakat Kelantan terhadap kepentingan untuk menggunakan kaedah rawatan yang lebih moden menyebabkan berlakunya kemerosotan bilangan penduduk yang mendapatkan khidmat perubatan pada awal abad ke-20. Perbincangan kertas ini didasarkan kepada pendekatan dan kaedah sejarah. Untuk itu data-data berasaskan sumber primer diperoleh daripada Annual Medical Report Kelantan, British Adviser Office Kelantan (BAK), CO 273, CO 717, fail-fail Pejabat Tanah Jajahan, laporanlaporan pengembara, manuskrip-manuskrip Melayudan majalah Pengasuh. Menerusi data yang diperoleh daripada sumber-sumber tersebut, didapati dasar yang dilaksanakan oleh pihak British dipersetujui oleh kumpulan yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Persetujuan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya berkaitan kefahaman dan tuntutan agama Islam agar penganutnya memelihara kesihatan dan mencegah daripada penyakit. Sebagai contoh, Sultan Ismail yang merupakan Yang Dipertuan Negeri Kelantan mewajibkan rakyatnya mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit berjangkit. Baginda juga telah menggariskan syarat dan panduan yang jelas bagi orang yang selayaknya memberi suntikan kepada penduduk.Selain itu, jenis ubatan yang dijadikan dos suntikan turut dikaji dan mendapat kelulusan daripada beberapa pihak yang berkaitan dalam memastikan penduduk tidak berisiko mendapat bahaya selepas suntikan. Selain itu, peranan ajaran yang dibawa oleh ulama telah menyebabkan orang Melayu selain menghayati Islam dari sudut ritual, juga telah dapat membezakan perkara suci dan najis.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Melayu, Kelantan, Kesihatan, Ulama, Pentadbiran.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 08:30
Last Modified: 24 May 2016 02:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14566

Actions (login required)

View Item View Item