UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board): Sumbangan dan kepentingannya kepada komuniti Cina seberang laut


Sulaiman @ Abd. Rahim, Ruzaini and Yusoff, Kamaruzaman and Ismail, Ismar Liza Mahani and Aziz, Hamdan (2014) Badan Penasihat Cina (Chinese Advisory Board): Sumbangan dan kepentingannya kepada komuniti Cina seberang laut. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (671kB)

Abstract

Kertas kerja ini cuba melihat sumbangan dan kepentingan Badan Penasihat Cina yang ditubuhkan untuk membantu dan menjaga kebajikan komuniti Cina Seberang Laut (Chinese Oversea) yang berhijrah ke Tanah Melayu semasa pemerintahan British khususnya yang menetap di daerah-daerah utama di Selangor. Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran di tempat yang baru dan asing bagi mereka, kewujudan badan ini telah memberi satu kekuatan untuk komuniti Cina terutama kumpulan buruh-buruh yang miskin atau yang kurang bernasib baik mendapatkan pertolongan terutama ketika berdepan dengan tempoh-tempoh kemelesetan ekonomi.Antara jenis bantuan atau tindakan yang dilakukan oleh badan ini ialah, pertama, menyediakan kawasan penempatan dan lot-lot pertanian kepada komuniti Cina yang merempat dan tidak berumah, kedua, menubuhkan tabung-tabung bantuan kecemasan dan ketiga, menyediakan tempat perlindungan sementara kepada komuniti Cina ketika berlaku kemelesetan ekonomi.Keempat pula ialah meminta atau mendesak kerajaan menyediakan apa jua pekerjaaan yang bersesuaian dengan komuniti ini, kelima, menyediakan gerai-gerai kecil untuk dijadikan sebagai tempat jualan dan keenam, mereka telah meminta supaya kerajaan menanggung sepenuhnya kos penghantaran pulang komuniti Cina yang tidak mempunyai prospek kerjaya yang jelas seperti golongan tua dan kanak-kanak.Kerjasama yang baik antara Badan Penasihat Cina dengan pihak kerajaan British telah memberi satu kelebihan dan keistimewaan kepada komuniti Cina untuk terus menikmati kehidupan yang selesa di Selangor sepanjang tempoh pembentukan Neger-Negeri Melayu Bersekutu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Badan Penasihat Cina, Sumbangan, Komuniti Cina Seberang Laut
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 08:33
Last Modified: 26 May 2016 00:23
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14568

Actions (login required)

View Item View Item