UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah


Ramakrishnan, Renuka and Esa, Norizan and Abdullah, Siti Hawa (2014) Kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian eksperimental ini bertujuan untuk meninjau kesan penggunaan sumber sejarah digital terhadap kemahiran pemikiran sejarah murid Tingkatan Empat.Aspek yang telah dikaji ialah perbezaan kemahiran pemikiran sejarah murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing dengan murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara bebas dan Portal EBuku Teks.Kajian ini memfokuskan kepada tiga jenis kemahiran pemikiran sejarah iaitu kemahiran memahami kronologi, kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi.Sampel kajian terdiri daripada 104 orang murid yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah menengah di utara Malaysia (Kumpulan eksperimen 1 n=33, kumpulan eksperimen 2 n=34, kumpulan kawalan n=37). Kumpulan eksperimen 1 menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing manakala kumpulan eksperimen 2 menggunakan sumber sejarah digital secara bebas dan kumpulan kawalan menggunakan sumber E-Buku Teks.Ujian Pencapaian Sejarah dan protokol temu bual telah digunakan sebagai instrumen kajian.Data kuantitatif dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan Ujian ANOVA Satu Hala.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min kemahiran memahami kronologi antara ketiga-tiga kumpulan.Walau bagaimanapun terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat interpretasi bagi murid yang menggunakan sumber sejarah digital secara terbimbing berbanding dengan murid yang menggunakan sumber sejarah digitalsecara bebas dan sumberE-Buku Teks.Kajian ini juga telah meninjau persepsi serta cabaran yang dihadapi oleh murid dalam menggunakansumber sejarah digital.Hasil temu bual mendapati bahawa murid secara keseluruhannya menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan sumber sejarah digital sungguh pun dibatasi oleh pelbagai cabaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Sumber sejarah digital, Terbimbing, Bebas, E-Buku Teks, Kemahiran Pemikiran Sejarah
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:39
Last Modified: 24 May 2016 06:29
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14569

Actions (login required)

View Item View Item