mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun (Dai Nippon) di Malaya, 1942-1945

Che Cob @ Ab Ghafar, Saiful Akram (2014) Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun (Dai Nippon) di Malaya, 1942-1945. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 16.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penulisan ini mencuba untuk mengupas peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama 3 tahun 8 bulan di Malaya.Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, imej-imej, poster serta kartunyang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan-penerbitan sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945.Penulisan ini akan turut melihat peranan yang dimainkan oleh pelukis-pelukis ilustrasi yang secara tidak langsung menjadi propagandis visual bagi menyokong doktrin romantik ’Asia untuk Asia’,’Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’ dan kempen zaman ’Dai Toa Senso’ (Peperangan Besar Asia Timur Raya).Penulisan dalam bentuk naskah, rencana, artikel dan jurnal mengenai pendudukan dan pemerintahan Jepun di Malaya telah banyak ditulis oleh penulis daripada pelbagai latar belakang dan genre penulisan. Penulisan seperti kisah-kisah keperwiraan (heroic), kekejaman tentera Jepun, penyebaran ideologi dan propaganda ‘Seisen’ (Perang Suci / Holy War), suasana peperangan dan pelbagai tema lagi telah banyak dihasilkan dan diterbitkan.Namun, dokumentasi persejarahan terutamanya yang bersifat propaganda pro-Jepun sewaktu pendudukan dan pemerintahannya di Malaya di dalam bentuk visual terlalu kurang dikaji dan dianalisis, ataupun mungkin langsung tiada penelitian mahupun kajian yang pernah dilakukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: visual, propaganda, doktrin, pelukis-pelukis ilustrasi
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:41
Last Modified: 12 May 2016 02:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14571

Actions (login required)

View Item View Item