Ismail, Syaimak and Yusof, Abdullah (2014) Pengaplikasian motif dan ornamentasi Cina dalam teknik Chien Nien pada dinding bangunan: Kajian ke atas Masjid Kampung Keling Melaka. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (931kB) |
Abstract
Kepesatan pelabuhan Melaka yang membangun sekitar tahun (1414-15111M) telah menarik ramai masyarakat dari seluruh dunia untuk berdagang di Melaka dan proses migrasi ini telah membawa bersama mereka budaya berbeza yang di bawa masuk ke negeri itu dan menjadi sebati dengan masyarakat tempatan. Penjajahan yang berlaku ke atas Melaka juga turut menyumbang kepada kepelbagaian pengaruh budaya, sosial dan aspek seni bina ke dalam budaya tempatan.Hasil yang ketara dapat dilihat dengan berdirinya bangunan masjid yang menarik, unik dan penuh dengan ciri keasingan.Masjid Kampung Keling yang dibangunkan pada tahun 1748 merupakan satu warisan sejarah yang memperlihatkan gabungan seni bina daripada pelbagai negara antaranya Eropah, Inggeris, Sumatera dan China.Sehubungan dengan itu, penulis akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan sumbangan pertukangan Cina dalam memperkenalkan teknik chien nien atau ‘potong dan lekat’ pada ukiran dinding masjid Kampung Keling ini. Sebanyak lima jenis motif dan ornamentasi Cina telah digunakan sebagai motif utama yang dipraktikkan pada bumbung masjid ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia). |
Uncontrolled Keywords: | Motif, ornamnetasi, Cina, chien nien, masjid Kampung Keling, Melaka |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | School of International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 23 Jun 2015 07:48 |
Last Modified: | 18 May 2016 07:31 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14577 |
Actions (login required)
View Item |