UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pendekatan Islam dalam menangani masalah hubungan etnik: Pelaksanaannya pada zaman Rasulullah saw


Abdullah, Syahrul Faizaz and Salim, Ssuna (2014) Pendekatan Islam dalam menangani masalah hubungan etnik: Pelaksanaannya pada zaman Rasulullah saw. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (767kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat majmuk sering terdedah kepada persengketaan etnik dan agama dan ia adalah satu keadaan yang berterusan dan semula jadi dalam masyarakat.Keadaan ini boleh mendorong kepada konflik secara terbuka antara etnik, terutamanya jika terdapat perbezaan kepentingan dari segi sosio-ekonomi, politik dan kebudayaan.Masalah hubungan etnik juga boleh tercetus dalam hubungan intra etnik, walaupun mereka mempunyai persamaan dari segi agama, bahasa dan budaya.Keadaan ini berlaku kerana etnik terdapat perbezaan dalam kalangan mereka dari segi ekonomi, politik dan budaya atau kerana terdapat kepentingan peribadi. Senario yang sama berlaku dalam sejarah Islam pada zaman awal Islam. Bagi mengatasi masalah ini, Rasulullah SAW telah melaksanakan beberapa dasar dalam pentadbiran bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat majmuk.Orang Islam, Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrik saling menghormati antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman, orang Islam pula bersatu di bawah panji-panji persaudaraan Islam di-sebalik latar belakang etnik yang berbeza.Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis pendekatan yang dilaksanakan oleh Nabi SAW dalam menangani masalah hubungan etnik di Negara Islam Madinah.Kaedah analisis teks digunakan dalam menganalisis secara kritikal peranan dan keberkesanan beberapa dasar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah untuk memastikan hubungan harmoni di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Dapatan kajian mendapati bahawa Rasulullah SAW telah melaksanakan beberapa dasar bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang etnik.Antara dasar tersebut ialah pembinaan masjid, mempersaudarakan di antara etnik yang berbeza atas nama persaudaraan Islam dan mengikat perjanjian dengan orang bukan Islam.Bagi mengatasi masalah hubungan etnik pula Rasulullah SAW telah melaksanakan dasar diplomasi atau tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba menimbulkan huru hara dalam Islam dalam kalangan pengamal ajaran sesat, orang munafik dan orang Yahudi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Inter Etnik, Intra Etnik, Masalah Hubungan Etnik, Islam, Rasulullah SAW, Masyarakat Majmuk.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Syahrul Faizaz Abdullah
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:49
Last Modified: 27 Apr 2016 03:34
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14578

Actions (login required)

View Item View Item