Packeer Mohamed, Syed Sultan Bee (2014) Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini dan penetapan hukum Mazhab Syafi'e. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (728kB) | Request a copy |
Abstract
Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini merupakan tokoh ulama mazhab Syafi’e yang paling terkenal pada kurun ke-4 kerana beliau merupakan pengasas aliran pemikiran ulama mazhab Syafi’e di Iraq. Menerusi beliaulah mazhab Syafi’e berkembang pada kurun ini hasil daripada kepakaran beliau menganalisis, menjelaskan dan mempertahankan pandangan-pandangan Imam Syafi’e.Namun sayangnya generasi sekarang kurang mengenali beliau apalagi mempelajari khazanah-khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh beliau.Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat latar belakang tokoh agung ini serta menjelaskan pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu fikah.Kaedah deduktif diaplikasikan dalam mengkaji penetapan hukum yang dibuat oleh beliau dalam isu-isu berkaitan solat, azan dan air.Di samping itu, kaedah deskriptif turut digunakan untuk membincangkan biografi Syeikh Abu Hamid dan data yang terhasil daripada pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu tersebut.Kajian ini menggunakan data sekunder yang terdiri daripada kitab-kitab fikah empat mazhab, kitab-kitab biografi ulama dan kitab-kitab sejarah.Kajian ini menyumbang ke arah menyerlahkan ketokohan Syeikh Abu Hamid dalam bidang ilmu fikah serta mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh beliau dalam menetapkan hukum-hukum.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia). |
Uncontrolled Keywords: | Syeikh Abu Hamid, penetapan hukum, mazhab Syafi’e. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | School of International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 23 Jun 2015 07:51 |
Last Modified: | 24 May 2016 03:43 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14579 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |