mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kedah Darul Aman sepanjang zaman

Mohd Yusof, Wan Shamsudin and Bakar Langkawi, Ibrahim (2014) Kedah Darul Aman sepanjang zaman. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 26.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (561kB)

Abstract

Kedah telah melalui perjalanan sejarahnya dalam pelbagai warna.Dari sudut politiknya, sempadan Kedah kini didapati amat berbeza dengan keadaan zaman dahulu.Tiga ratus tahun yang lalu Kedah adalah sebuah negeri yang lebih luas.Dan kalau kita tinjau masyarakat yang bercakap dalam bahasa yang sama iaitu dialek Melayu Kedah sebagai bahasa ibundanya, kita dapati sempadan negeri ini malah lebih luas, hingga ke selatan Thailand.Dari sudut sejarah, Kedah dapat dilihat melalui dua zaman utama.Pertama ialah zaman pra-Islam yang merangkumi masa masyarakat bersifat animisme diikuti masa apabila masyarakat tempatan itu sudah memeluk agama Hindu-Buddha.Kedua ialah zaman apabila masyarakat tempatan itu mulai menerima Islam sebagai cara hidup hinggalah terbentuknya kesultanan Islam, seterusnya ke zaman moden.Kedah boleh dikatakan sebuah negeri yang paling tua di rantau ini seperti yang terbukti dalam kajian-kajian arkeologi. Ia telah berada dalam Zaman Besi se awal abad ke-3 Sebelum Masihi, seperti yang ditemui dalam bentuk runtuhan purba di kompleks Sungai Batu di Lembah Bujang. Masyarakat tempatan itu didapati telah mencapai tamadun yang tinggi, lengkap dengan entrepot, pusat-pusat peleburan besi, kemudahan kastam dan cukai, dan tempat-tempat melaksanakan sembahan agama.Dalam abad ke-5 hingga 7 Masihi masyarakat tempatan itu didapati telah menganut agama HinduBuddha.Pada ketika ini masyarakat tempatan itu telah dinaungi oleh kuasa yang lebih besar iaitu Empayar Sriwijaya. Berikutnya dalam abad ke-13 Masihi, setelah kuasa empayar itu telah malap, Kedah bersatu dalam kerajaan Langkasuka. Agama Islam telah sampai di sini dalam sekitar abad ke-8 Masihi. Mengikuti jirannya iaitu kesultanan Perlak dan Pasai, dalam abad ke-12 Masihi kerajaan Islam telah diisytiharkan di Kedah, dinamakan ‘Kedah Darul Aman’. Pada awalnya, ibu negeri dan pusat pemerintahannya berada di Bukit Meriam dan Sungai Emas dalam Lembah Bujang. Kemudian dalam abad ke-14 Masihi pusat pemerintahannya telah diubah ke pedalaman lembah Sungai Kedah.Bermula dengan Kota Siputih, beberapa pusat pemerintahan lain telah dibina, yang akhirnya tetap di Alor Setar, mulai tahun 1735 hinggalah pada masa sekarang.Setakat ini hanya Kedah sahajalah di sekitar rantau ini yang mempunyai dinasti raja-raja yang terus bersambungan dari semenjak awal kesultanan ini ditubuhkan.Mulai dengan Al-Sultan Muzaffar Shah yang mula memerintah dalam tahun 1136 Masihi hinggalah kepada Sultan Kedah yang ke-28 yang sedang memerintah sekarang, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang memerintah sejak tahun 1958. Dalam melalui suasana jatuh bangunnya, Kedah tetap berdiri teguh seperti mulanya.Kedah terus berubah dan mencapai kemajuan selaras dengan perubahan dan kemajuan yang sedang dikecapi oleh masyarakat seluruh dunia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:55
Last Modified: 23 May 2016 03:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14582

Actions (login required)

View Item View Item