UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Warisan kenangan pendeta: Penelitian aspek bahasa dalam warkah-warkah koleksi peribadi Za'ba


Yaakub, Yusniza and Mohamed, Noriah (2015) Warisan kenangan pendeta: Penelitian aspek bahasa dalam warkah-warkah koleksi peribadi Za'ba. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (761kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan aspek penggunaan bahasa dalam warkah-warkah peribadi koleksi Pendeta ZA’BA. Perbincangan akan difokuskan terhadap aspek struktur warkah dan penggunaan bahasa Melayu klasik dalam warkah-warkah tersebut. Umum telah mengetahui bahawa ZA’BA merupakan tokoh yang sangat disegani dan memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam pelbagai bidang, seperti politik, ekonomi dan bahasa.Walau bagaimanapun, sumbangan beliau yang paling besar ialah dalam bidang bahasa sehingga beliau telah dianugerahkan gelaran Pendeta yang disampaikan melalui Kongres Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada 1956 (Adnan Nawang, 1994).Hal ini telah dijelaskan oleh Abdul Hamid Mahmood, Idris Md. Radzi dan Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2004, hlm vii) yang menyatakan “Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang – agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Daripada banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang paling banyak dikaitkan dengan ketokohan dan sumbangan beliau”.Kebanyakan orang pernah membaca karya-karya beliau, terutamanya rencana dan tulisan ilmiah ZA’BA, namun, tidak ramai yang pernah melihat warkah-warkah koleksi beliau, apatah lagi membacanya.Oleh itu, kita tertanya-tanya bagaimana corak penulisan beliau sewaktu menghasilkan penulisan berbentuk peribadi. Sehubungan itu, penulisan kertas kerja ini ini diharap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang corak penulisan peribadi beliau di samping menggambarkan sedikit sebanyak luahan peribadi beliau dan kenalannya yang dipancarkan melalui koleksi warkahwarkah ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Yusniza Yaakub
Date Deposited: 23 Jun 2015 07:56
Last Modified: 28 Apr 2016 01:28
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14583

Actions (login required)

View Item View Item