UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Indeks konservasi bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan: Pendokumentasian dan pengkategorian untuk industri pelancongan warisan (Heritage Tourism) di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia


Paidi, Zulhilmi and Ab Ghani, Rohani and Abdul Hamid, Ahmad Shukri and Abdullah, Suhanim and Rofie, Mohamad Khadafi (2014) Indeks konservasi bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan: Pendokumentasian dan pengkategorian untuk industri pelancongan warisan (Heritage Tourism) di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (770kB) | Request a copy

Abstract

Konservasi ataupun pemuliharaan amat penting bagi negara kita dalam usaha membina negara bangsa yang dikongsi bersama oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik.Kajian ini dibuat dengan objektif untuk mencari maklumat dan kemudiannya mendokumentasikan bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan di negeri utara Malaysia.Hasil dokumentasi ini akan kemudian diklasifikasi dan dikategorikan bagi tujuan mewujudkan indeks maklumat pintar yang akan memudahkan dan menjadi panduan penting untuk membantu perkembangan industri pelancongan warisan (Heritage Tourism) di Malaysia.Indeks ini diharap akan menjadi alat dan garis panduan penting kepada industri pelancongan negara.Metodologi penyelidikan yang dijalankan dalam bentuk kualitatif, yang akan banyak bertumpu kepada kajian yang berbentuk kerja lapangan. Tumpuan akan diberikan terhadap bangunan-bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan. Tinjauan dan lawatan akan dilakukan ke atas tempat-tempat yang terlibat seperti mana bangunan bersejarah dan tapak warisan kebudayaan yang telah pulihara dan dimajukan contohnya Pasir Salak di Perak, Kota Kuala Kedah di Kedah, Kota Al Marhum Kayang di Perlis dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang. Kerja lapangan ke atas tapak-tapak tersebut bertujuan untuk proses pengimejan dan mengumpul data primer berkaitan.Selain dari itu kajian ini juga akan menumpukan kepada kajian berbentuk “content analysis” dan kajian arkib. Pencarian maklumat semua sumber warisan seperti Jabatan Warisan, bahan-bahan primer dari arkib di Arkib Negara Malaysia dan Muzium Negara Malaysia, dan muzium-muzium negeri.Pada masa yang sama kajian ini turut merujuk sumber-sumber sekunder (kedua) iaitu dari bahan-bahan rujukan yang berkaitan.Selain itu kajian akan menumpukan kepada kajian bercorak temubual dan tinjauan (survey).Temubual akan dilakukan dengan pihak –pihak berwajib seperti Pesuruhjaya Warisan, Pegawai Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Badan budaya dan warisan kerajaan negeri.Manakala tinjauan akan dibuat terhadap penduduk setempat dan orang awam.Kajian kemudiannnya akan mengklasifikasikan dan mengkategorikan hasil pendokumentasian.Indeks bagi pengkategorian ini akan dibentuk berdasarkan kajian kepada modelmodel sedia ada.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mr. Zulhilmi Paidi
Date Deposited: 23 Jun 2015 08:00
Last Modified: 01 Dec 2016 04:53
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14590

Actions (login required)

View Item View Item