mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis profil pesawah padi di Malaysia dan kepatuhan membayar zakat pertanian

Ab. Rahman, Asmak and Othman, Pazim@Fadzim and Mahamood, Siti Mashitoh and Che Seman, Azizi and Ali, Nor Aini and Hasan, Norzuraida (2012) Analisis profil pesawah padi di Malaysia dan kepatuhan membayar zakat pertanian. In: Seminar Hasil Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi bil.2/2012, 8 - 9 Novemver 2012, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi. (Unpublished)

[thumbnail of 1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (739kB) | Request a copy

Abstract

Hasil pertanian merupakan salah satu harta yang diwajibkan zakat.Di Malaysia, hanya tanaman padi sahaja yang dikenakan zakat pertanian.Oleh itu, hanya pesawah padi sahaja yang dikenakan zakat pertanian sedangkan mereka merupakan antara golongan termiskin berbanding petani yang mengusahakan tanaman lain.Berdasarkan beberapa kajian lain, didapati kebanyakan pembayar zakat padi berada di bawah garis kemiskinan.Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk melihat profil pesawah padi di Malaysia serta mendapatkan pandangan mereka terhadap pengalaman pembayaran zakat pertanian dan seterusnya menganalisis kepatuhan mereka dalam membayar zakat pertanian.Metode soal selidik telah digunakan dengan khidmat enumerator bagi mendapatkan data tersebut di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 488 soal selidik daripada sejumlah 625 soal selidik yang telah diedarkan kepada petani-petani yang mengusahakan sawah padi di Semenanjung Malaysia telah digunakan di dalam analisis kajian ini dengan menggunakan SPSS.Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pesawah padi membayar zakat dan tidak merasa terbeban dalam membuat pembayaran zakat padi. Walau bagaimanapun seramai 227 responden (48.1 %) menyatakan bahawa pendapatan mereka lebih kurang sama dengan taraf hidup orang miskin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jilid 1 Sains Sosial dan Kemanunisaan
Uncontrolled Keywords: Pesawah padi, zakat pertanian, kemiskinan, Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Dr. Pazim @ Fadzim Othman
Date Deposited: 28 Jun 2015 07:57
Last Modified: 28 Jun 2015 07:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14670

Actions (login required)

View Item View Item