mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penerimaan media sosial dalam sektor penginapan bajet di Malaysia

Mohamad, Noraihan and Ishak, Mohd Sobhi (2014) Penerimaan media sosial dalam sektor penginapan bajet di Malaysia. In: International Conference on Culture, Communication and Multimedia Technology (ICON C-COMET'14), 29 April 2014, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of 38.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (301kB) | Request a copy

Abstract

Kepentingan media sosial untuk tujuan kelangsungan perniagaan pada hari ini tidak dapat dinafikan lagi.Ia semakin diterima oleh kebanyakan organisasi dalam pelbagai industri sebagai medium pemasaran baharu.Kajian ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran baharu bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) khususnya sektor penginapan bajet di Malaysia.Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap pengusaha penginapan bajet di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Sebanyak 112 borang soal selidik yang dilengkapkan responden dikodkan dalam perisian SPSS versi 19.Dapatan kajian menunjukkan majoriti pengusaha penginapan bajet menerima media sosial khususnya laman Facebook sebagai medium pemasaran baharu perkhidmatan mereka.Kesimpulannya, wujud kecenderungan dalam kalangan perniagaan kecil dan sederhana (SME) dalam industri pelancongan khususnya sektor penginapan bajet untuk mengaplikasikan elemen teknologi dalam operasi perniagaan mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Media sosial, Pemasaran, Penginapan bajet.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Dr. Mohd Sobhi Ishak
Date Deposited: 09 Jul 2015 04:39
Last Modified: 22 May 2016 07:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14794

Actions (login required)

View Item View Item