mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh faktor organisasi dan faktor teknologi terhadap penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran penginapan bajet

Mohamad, Noraihan and Ishak, Mohd Sobhi (2013) Pengaruh faktor organisasi dan faktor teknologi terhadap penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran penginapan bajet. In: Terengganu International Tourism Conference 2013 (TITC2013), 23rd to 25th August 2013, Kuala Terengganu.

[thumbnail of 39.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (378kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran oleh pengusaha penginapan bajet dalam industri pelancongan.Kerangka teoritikal kajian ini dengan menggabungkan faktor dalaman, faktor luaran organisasi dan faktor teknologi yang diaplikasikan dalam Model Penerimaan Teknologi dan Teori Difusi Inovasi. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan terhadap pengusaha penginapan bajet di Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang.Sebanyak 300 borang soal selidik telah diedarkan dalam kajian lapangan dan secara dalam talian.Sebanyak 112 data dapat dikumpul dan dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur berbantukan SmartPLS. Analisis laluan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian iaitu faktor dalaman dan luaran organisasi, serta faktor teknologi menjelaskan sebanyak 71% varians penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran. Kajian menunjukkan bahawa penerimaan media sosial sebagai medium pemasaran tidak hanya dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran organisasi secara langsung.Faktor teknologi pula menjadi faktor perantaraan yang signifikan terhadap hubungan antara faktor-faktor organisasi dengan penerimaan media sosial.Kesimpulannya, media sosial telah diterima sebagai salah satu medium pemasaran dalam industri pelancongan khususnya penginapan bajet dengan mengambil kira faktor organisasi dan teknologi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: UNISZA
Uncontrolled Keywords: Penerimaan media sosial, pemasaran, pelancongan, penginapan bajet.
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd Sobhi Ishak
Date Deposited: 09 Jul 2015 04:41
Last Modified: 09 Jul 2015 04:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14797

Actions (login required)

View Item View Item