Yahya, Maizatul Azura and Ahmad, Ainal Akmar (2015) Citra masyarakat Malaysia dalam kartun Jaafar Taib. In: Kuala Lumpur International Communication, Education, Language & Social Science Conference, 06-07 June 2015, Hotel Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (891kB) | Request a copy |
Abstract
Komik dan karikatur memberikan sindiran-sindiran dan kritikan terhadap segala hal yang berlaku dalam kehidupan manusia. Di samping dilihat sebagai suatu bentuk seni serta wadah komunikasi yang penting, kartun juga dianggap sebagai senjata budaya yang berpengaruh.Kiasan dan jenaka yang digunakan dalam kartun pula memungkinkan mesej yang ingin disampaikan oleh kartunis cepat sampai kepada pembacanya.Dikenali sebagai seorang kartunis yang berkaliber dan versatil, karya Jaafar Taib dilihat cenderung merakamkan isu-isu berkaitan masyarakat di Malaysia.Meskipun dalam kartun-kartun yang dihasilkan, Jaafar sering menggunakan imej haiwan sebagai objek tumpuan dan hutan rimba sebagai latar, ia tidak sedikitpun menjejaskan mesej dan sindiran yang ingin disampai kan. Ini kerana, kedua-dua imej tersebut yang sering melatari karya Jaafar Taib rnewakili imej masyarakat Malaysia itu sendiri secara realiti. Justeru, kajian ini akan mengupas citra masyarakat Malaysia dalam kartun-kartun Jaafar Taib menggunakan pendekatan Semiotik oleh Pierce (1867).
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kiasan, jenaka, citra, masyarakat Malaysia, kartun |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Mrs. Maizatul Azura Yahya |
Date Deposited: | 14 Jul 2015 07:25 |
Last Modified: | 28 Apr 2016 01:29 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14811 |
Actions (login required)
View Item |