UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesusasteraan Melayu lama dan baru


Yusof, Ismail (2008) Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789833827541

Full text not available from this repository.

Abstract

Kesusasteraan ialah hasil seni yang diwujudkan dengan bahasa. Antara karya-karya yang tergolong sebagai hasil kesusasteraan ialah karangan-karangan yang bercorak prosa seperti novel, cerpen, hikayat, puisi, lirik dan drama yang menawan hati dan menyentuh perasaan; terharu, sedih, ngeri, gembira dan sebagainya. Pendapat yang ada mengatakan bahawa “kemajuan sesuatu bangsa terletak pada kemajuan kesusasteraannya”. Ini kerana struktur masyarakat tidak memiliki ciri-ciri persamaan secara keseluruhannya. Misalnya wujud perbezaan dari beberapa segi antara masyarakat kampung dengan masyarakat bandar. Begitu juga antara anggota masyarakat yang saling berbeza dari segi agama, taraf kelas, umur, bangsa, jantina dan sebagainya. Perbezaan atau kelainan ini akan membawa kepada perbezaan-perbezaan seperti ideal, cita-cita hidup dan corak masyarakat yang dihargai. Buku ini merangkumi pengenalan kesusasteraan, sastera rakyat, puisi melayu lama, pengaruh Hindu dalam kesusasteraan Melayu, pengaruh melayu zaman peralihan, pengaruh Islam dalam kesusasteraan Melayu, cerita berbingkai, sastera ketatanegaraan, kesusasteraan sejarah, kesusasteraan undang-undang,cerpen Melayu, angkatan sasterawan 50, Pendita Za’ba dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Nov 2010 02:54
Last Modified: 04 Nov 2010 02:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1484

Actions (login required)

View Item View Item