mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga

Yusof, Ab. Aziz (2000) Usahawan dan pengukuhan jaringan rakan niaga. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9839559664

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini memberi penekanan terhadap teknik pembangunan kemahiran jaringan rakan niaga dengan membahagikannya kepada lima bahagian yang melibatkan tujuh belas bab keseluruhannya. Bahagian satu, iaitu meliputi bab satu hingga bab empat membincangkan pemahaman-pemahaman asas berkaitan dengan jaringan rakan niaga dan halangan-halangan yang dihadapi. Bahagian kedua, iaitu bab lima hingga bab lapan membincangkan kemahiran interpersonal bagi menjamin keberkesanan rakan niaga yang telah dan akan dibina. Bahagian tiga, iaitu bab sembilan hingga bab sebelas,penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat untuk membangunkan strategi memperkukuhkan jaringan yang telah sedia terbina dengan pelbagai pihak. Dalam bahagian empat, iaitu bab dua belas hingga bab empat belas, penulis ingin menyedarkan usahawan tentang kepentingan tanggapan pertama mengenai pengurusan, yang juga merupakan salah satu daripada faktor yang akan mempengaruhi keintiman jaringan yang telah dan akan terbina. Bahagian lima, iaitu meliputi bab lima belas hingga bab tujuh belas, membincangkan kemahiran untuk menguruskan masa secara strategik. Usahawan juga perlu memastikan setiap pihak yang bekerjasama perlu terus berada dalam jaringannya dan berpotensi untuk terus memberi sokongan terhadap perniagaan yang diceburi.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Ab Aziz Yusof
Date Deposited: 08 Nov 2010 04:35
Last Modified: 08 Nov 2010 04:35
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1490

Actions (login required)

View Item View Item