Sakdan, Mohd Fo'ad (2010) Pengantar pengurusan konflik antarabangsa. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311468
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Pengantar pengurusan konflik antarabangsa ini bertujuan menerangkan secara umum mengenai perihal konflik yang sering berlaku dalam hubungan antarabangsa. Penjelasan yang mengandungi sembilan bab ini diharap dapat memberikan manfaat kepada pembaca serta masyarakat tentang pelbagai konflik dan cara menanganinya sama ada secara positif mahupun sebaliknya. Bab pertama diperkenalkan tentang beberapa teori utama dalam konflik antarabangsa yang berkeupayaan memberikan idea tentang mengapa wujudnya sesuatu konflik tersebut. Di bab kedua pula, dihuraikan berkenaan siapakah aktor-aktor atau pihak yang berperanan dalam konflik hubungan antarabangsa. Ini diikuti di bab ketiga yang menjelaskan mengenai faktor–faktor dan instrumen yang sering terbabit dan diguna pakai dalam konflik tersebut. Seterusnya bab keempat, lima, enam, tujuh dan lapan diperincikan tentang konflik-konflik utama yang sering menyebabkan berlakunya pertelingkahan, permusuhan dan peperangan dalam kalangan masyarakat dan negara umumnya. Ini melibatkan konflik ideologi, ekonomi, etnik, agama dan sempadan. Manakala bab yang terakhir dihuraikan beberapa pendekatan yang sering dipraktikkan dalam usaha menangani konflik yang wujud. Ini meliputi tatacara seperti kaedah perundingan, kaedah perantaraan, kaedah timbang tara dan juga pembentukan pasukan keselamatan.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JZ International relations |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Dr. Mohd. Foad Sakdan |
Date Deposited: | 11 Nov 2010 01:03 |
Last Modified: | 11 Nov 2010 01:03 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1494 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |