mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan perniagaan Islam : Konsep, isu dan pelaksanaan

Yusof, Ab. Aziz and Aziz, Ahmad Bashir (2008) Pengurusan perniagaan Islam : Konsep, isu dan pelaksanaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789833827664

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini disediakan khusus untuk pengurus dan bakal Pengurus Muslim dan juga bukan Muslim. Bagi pengurus dan bakal Pengurus Muslim kehadiran buku ini akan mengembalikan dan mengukuhkan keyakinan mereka bahawa Islam adalah agama yang syumul. Buku ini juga turut membincangkan isu-isu berkaitan dengan pengurusan perniagaan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sementara itu, bagi pengurus dan bakal pengurus daripada kalangan bukan Muslim, kehadiran buku ini akan membolehkan mereka membuat perbandingan antara pendekatan pengurusan perniagaan lazim dengan pengurusan perniagaan Islam. Perlu ditegaskan nilai-nilai yang terdapat dalam pengurusan perniagaan Islam perlu didedahkan, diambil faedah dan dieksploit bagi membolehkan setiap pengurus dan bakal pengurus sama ada dari kalangan Muslim dan bukan Muslim untuk lebih bersedia mengambil faedah daripada kelebihan yang terdapat dalam pengurusan perniagaan Islam. Bagi mencapai tujuan murni ini, buku ini akan membongkar kekuatan yang dimiliki dalam pengurusan perniagaan Islam yang pernah diamalkan dan telah terbukti berjaya membawa kemakmuran hakiki kepada manusia sejagat untuk selama hampir 1,000 tahun. Bagi penulis, pengurusan perniagaan Islam boleh diibaratkan sebagai sebiji mutiara yang sangat berharga yang telah sejak sekian lama hilang daripada pemilikan umat Islam dan juga manusia sejagat.Pada hari ini mutiara ini telah kembali ditemui dan dimiliki. Oleh itu, menjadi peranan setiap Pengurus Muslim untuk membersih dan menggilap mutiara ini yang telah lama disaluti debu dan lumpur agar kembali bercahaya.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences
Depositing User: Prof. Madya Ab Aziz Yusof
Date Deposited: 11 Nov 2010 02:27
Last Modified: 26 Apr 2016 07:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1503

Actions (login required)

View Item View Item