UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tinjauan permainan berkomputer sebagai alat pembelajaran


Othman, Zakirah and Mat Yamin, Fadhilah (2007) Tinjauan permainan berkomputer sebagai alat pembelajaran. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Download (484kB)

Abstract

Permainan berkomputer kian popular kini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Ini disokong dengan platform jaringan Internet yang semakin berkembang dan maju. Selain itu, permainan komputer merupakan salah satu daripada barangan elektronik yang laris pada masa kini. Ini kerana pengguna boleh berinteraksi untuk pelbagai tujuan seperti membuat pemutusan, pembelajaran, latihan dan sebagainya. Perkembangan ini adalah sesuatu yang normal bagi sesebuah negara maju atau menuju ke arah pembangunan. Walau bagaimanapun, beberapa perkembangan tidak sihat berkaitan emosi, psikologi dan fizikal turut dirasai di negara-negara maju seperti meniru lagak ganas dan isu pornografi. Memandangkan wawasan 2020 negara Malaysia dalam mempertingkatkan pengetahuan dan prasarana teknologi maklumat yang memungkinkan suatu hari nanti sebuah rumah akan mempunyai sebuah komputer, tidak mustahil gejala negatif ini turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Dengan itu, satu pendekatan pembelajaran melalui permainan berkomputer yang mengikut gaya hidup positif dan menghiburkan amat diperlukan. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan ciri-ciri penting yang diterapkan dalam pembelajaran melalui permainan berkomputer. Selain itu, kajian ini turut memuatkan persepsi pelajar terhadap permainan berkomputer. Metodologi yang telah digunakan ialah kaedah tinjauan dan kajian kes terhadap pelajar sekolah daerah Kubang Pasu. Kesan positif dan negatif dalam pembelajaran melalui permainan berkomputer juga turut diketengahkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Uncontrolled Keywords: permainan berkomputer, pembelajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 29 Nov 2010 06:28
Last Modified: 29 Nov 2010 06:28
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1512

Actions (login required)

View Item View Item