UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Memformulasikan pelajar institusi pengajian tinggi ke arah kerjaya usahawan


Mohamad, Armanurah and Buang, Nor Aishah and Hussin, Muhammad (2014) Memformulasikan pelajar institusi pengajian tinggi ke arah kerjaya usahawan. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9), 17 - 19 Oktober 2014, TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (225kB) | Request a copy

Abstract

Kajian-kajian telah menunjukkan terdapatnya perhubungan secara langsung di antara keusahawanan dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara.Negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya.Dalam hal ini institusi pendidikan, khasnya institusi pengajian tinggi (IPT) boleh menjadi laluan penting dalam memformulasikan pelajarnya ke arah kerjaya usahawan.Formulasi ini boleh dilaksanakan melalui program-program pendidikan keusahawanan yang bersesuaian.Kajian ini akan membincangkan sejauh manakah program pendidikan keusahawanan secara hands-on melalui Program Siswaniaga (PS), Universiti Utara Malaysia (UUM) ke arah melahirkan usahawan siswazah.Secara khususnya tiga objektif kepada kajian ini ialah i) melihat profil bekas peserta PS yang telah mengikuti PS ii) menilai pencapaian PS dari aspek jumlah bekas peserta PS yang menjadi usahawan selepas tamat pengajian, dan iii) meninjau bilakah bekas peserta PS yang menjadi usahawan sepenuh masa memulakan perniagaan selepas tamat pengajian.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 171 bekas peserta PS yang telah tamat pengajian di peringkat sarjana muda dalam tempoh lima tahun selepas bergraduat.Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan utama kajian ini ialah lebih separuh bekas peserta PS telah menjadi usahawan dan hampir 20 peratus bekas peserta memulakan perniagaan sejurus selepas tamat pengajian. Golongan usahawan siswazah ini berpotensi untuk merangsang perkembangan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi di masa depan.Justeru itu, kajian ini mencadangkan pelajar IPT perlu didedahkan dan diberi peluang untuk menjadi usahawan kampus di mana mereka terlibat secara hands-onmenjalankan perniagaan semasa mereka berada di universiti.Tindakan ini dapat meningkatkan peratusan golongan usahawan siswazahyang boleh membantu melonjakkan ekonomi negara dan sekaligus membantu mengurangkan pengangguran siswazah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISSN: 2231-962X organized by: School of Economics, Faculty of Economics and Management, UKM.
Uncontrolled Keywords: pendidikan keusahawanan, usahawan siswazah.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Armanurah Mohamad
Date Deposited: 30 Aug 2015 08:34
Last Modified: 18 Apr 2016 02:44
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/15276

Actions (login required)

View Item View Item