mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meritokrasi: Faktor sosio ekonomi dan peluang pendidikan tinggi

Saad, Norazlinda (2007) Meritokrasi: Faktor sosio ekonomi dan peluang pendidikan tinggi. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of MERITOKRASI_FAKTOR_SOSIO_EKONOMI_DAN_PELUANG.pdf] PDF
Download (45kB)

Abstract

Peluang mendapat pendidikan tinggi menjadi fokus dan ukuran kepada individu sama ada dianggap untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi atau dilihat sebagai mekanisme untuk meningkatkan status sosial sesuatu kaum. Sistem meritokrasi digunakan sebagai garis panduan bagi kemasukan pelajar ke IPTA dengan mementingkan keupayaan dan kebolehan seseorang individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan dan agama. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan pembolehubah status sosio-ekonomi ibubapa untuk melihat peluang kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan kepelbagaian profil latar belakang pelajar UUM. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 sesi 2004/2005. Kajian ini mendapati berdasarkan sistem meritokrasi pelajar-pelajar yang sosio ekonominya rendah kurang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dapatan menunjukkan faktor-faktor seperti latar belakang ekonomi, keluarga, sosial dan pendidikan pelajar-pelajar kurang diberi perhatian. Sekiranya hanya kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau daripada keluarga miskin tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka. Akibatnya jurang sosio-ekonomi antara yang kaya dan miskin akan bertambah lebar. Justeru, ukuran kecemerlangan (merit) dan kemampuan sosio-ekonomi boleh digunakan untuk menentukan kemasukan pelajar ke IPTA.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Nov 2010 09:00
Last Modified: 28 Nov 2010 09:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1549

Actions (login required)

View Item View Item