UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Peranan program mentoring dalam pembangunan pelajar: Satu kajian di sebuah universiti awam di Malaysia Timur


Ismail, Azman and Abu Bakar, Rizal and Abg Abdullah, Dyg Nailul Munna and Maja, Anda and Guatleng, Clara Ong and Abdullah, Muhammad Madi (2007) Peranan program mentoring dalam pembangunan pelajar: Satu kajian di sebuah universiti awam di Malaysia Timur. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Download (335kB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk mengukur impak program mentoring ke atas pembangunan pelajar. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul data daripada sampel kajian ini. Kajian ini menggunakan sampel 200 borang soalselidik yang diisi dengan lengkap oleh pelajar Semester Julai 2006 yang menuntut di kampus utama sebuah universiti awam di Malaysia Timur (KUVMT). Keputusan pengujian model kesan langsung menggunakan analisis regresi stepwise telah menunjukkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian dan psikososial mente, dan penyertaan dalam program mentoring mempunyai korelasi yang positif dan signifikan dengan prestasi pengajian mente. Manakala, penyertaan dalam program mentoring tidak mempunyai korelasi yang signifikan dengan psikososial mente. Dapatan ini mengesahkan bahawa komunikasi di antara mentor dan mente hanya bertindak sebagai pembolehubah peramal separuh dalam model program mentoring di organisasi kajian. Justeru itu, implikasi kajian ini terhadap teori dan amalan mentoring, batasan-batasan kerangka teori dan kaedah penyelidikan, serta cadangan akan datang turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 28 Nov 2010 08:57
Last Modified: 28 Nov 2010 08:57
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1554

Actions (login required)

View Item View Item