UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kemudahan kafe siber dan penularan salah laku remaja


Jamaluddin, Zakiyah (2008) Kemudahan kafe siber dan penularan salah laku remaja. In: The 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6), 5-7 August 2008, Crown Plaza Riverside Hotel, Kuching Sarawak.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (166kB)

Abstract

Kajian ini cuba mengkaji kesan persekitaran dengan salah laku remaja. Seramai 11 orang remaja berusia di antara 16 hingga 22 tahun telah ditemubual secara mendalam dari salah sebuah kawasan perumahan pangsa kos rendah di Kuala Lumpur yang dikenalpasti paling banyak berlaku masalah sosial. Kajian kes ini mendapati bahawa ketiadaan kawasan lapang dan kemudahan rekreasi menyebabkan remaja mencari alternatif lain bagi mengisi masa lapang. Ini diburukkan lagi dengan masalah interaksi dengan ibu bapa dan hubungan kejiranan di kawasan kajian. Pembukaan kafe siber yang beroperasi selama 24 jam dikenalpasti sebagai tempat remaja di perumahan ini amnya dan peserta kajian khasnya, melepak dan menjadikan ia sebagai tempat mereka berkumpul. Sepertimana hasil kajian-kajian lepas, didapati tingkah laku melepak akhirnya membawa kepada beberapa salah laku lain seperti penyalahgunaan dadah, minuman keras, berjudi, lumba haram dan seks bebas. Kemudahan kafe siber dan kelemahan kawalan sosial informal dan penguatkuasaan undang-undang memburukkan keadaan yang sedia parah di kalangan remaja-remaja ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: adolescent, teenager, cyber cafe, juvenile deliquents
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 07 Jul 2010 03:27
Last Modified: 07 Jul 2010 03:27
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/157

Actions (login required)

View Item View Item