mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perakaunan kewangan

Engku Ali, Engku Ismail and Abu Bakar, Robiah and Fadzil, Faudziah Hanim and Syed Ismail, Syed Soffian (2005) Perakaunan kewangan. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9833282083

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini membincangkan aspek asas berkaitan dengan perakaunan kewangan yang meliputi aspek merekod, mencatat, melapor dan mempersembahkan maklumat kewangan mengikut keperluan piawai perakaunan. Buku ini terdiri daripada 11 bab menekankan kepada item-item yang terdapat dalam lembaran imbangan khususnya yang berkaitan dengan aset dan liabiliti semasa. Empat bab yang pertama daripada buku ini adalah berkaitan dengan konsep yang berkaitan dengan rangka kerja konseptual bagi perakaunan kewangan dan pelaporan kewangan dan penyatapenyata kewangan yang perlu disediakan. Bab seterusnya adalah perbincangan secara menyeluruh bagi setiap item aset dan liabiliti semasa yang terdapat di dalam lembaran imbangan. Melalui kaedah penyampaian yang mudah dan ringkas, para pembaca dihidangkan dengan perbincangan mengenai sesuatu konsep dan seterusnya diselitkan dengan contoh yang bersesuaian supaya para pembaca dapat memahami dan memperoleh manfaat yang maksimum daripada buku ini.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Madya Engku Ismail Engku Ali
Date Deposited: 21 Nov 2010 02:45
Last Modified: 21 Nov 2010 02:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1570

Actions (login required)

View Item View Item