UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Sistem IVR Masjid & Pusat Islam sebagai media pengembang kefahaman Islam


Kelana, Musafir and Jamaludin, Zulikha (1999) Sistem IVR Masjid & Pusat Islam sebagai media pengembang kefahaman Islam. In: Prosiding Seminar dan Pameran "Teknologi Komunikasi Canggih Dalam Islam", 20-21 November 1999, Pusat Sains Terengganu. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (109kB)

Abstract

Objektif kertas kerja ini adalah untuk memperkenal dan mencadangkan cara mudah dan murah sebagai media pengembang kefahaman Islam dalam alaf siber yang serba bergantung kepada teknologi. Untuk memudahkan perbincangan, kertas kerja ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Pertama memperkenalkan apakah yang dimaksudkan dengan Sistem IVR Masjid dan Pusat Islam (Sistem IMPI), kedua huraian kebaikan sistem IVR tersebut. Seterusnya pula diutarakan juga cadangan implementasi Sistem IMPI ini. Akhir sekali, kesimpulan daripada ketiga-ketiga bahagian tersebut dikemukakan. Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai asas Islam yang telah diturunkan kepada manusia untuk menjadi (1) petunjuk yang menjelaskan perbezaan antara yang hak dan batil, (2) ubat penyakit hati, dan (3) rahmat bagi orang beriman2. Kaedah menyampaikan kandungan Al-Quran dan kefahaman Islam ini telah melalui pelbagai tahap dakwah bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w3. dengan cara baginda yang dipimpin secara langsung oleh Allah dan bantuan malaikat-malaikatNya. Kemudian di zaman khalifah ar-rashidin, Islam terus diperkembangkan dengan pelbagai cara yang pada masa itu praktikal dan sesuai dengan budaya dan cara hidup umat. Hari ini juga, Islam mesti terus dikembangkan kefahamannya supaya objektif Al-Quran diturunkan itu akan terus terjaga, difahami dan diperluaskan. Dalam kaitan ini, penerapan teknologi komunikasi canggih yang sesuai dengan zaman kita ini wajar dibuat secara sistematik untuk menemukan jalan yang dapat meningkatkan kefahaman terhadap Islam secara mudah dan berkesan. Sistem IMPI, yang mengeksploit teknologi komunikasi mempunyai potensi sebagai media pengembang kefahaman Islam yang secara tidak langsung boleh menghindarkan umat Islam atau mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Islam, daripada terpengaruh dengan dakyah pesong. Kertas kerja ini juga cuba memberikan wawasan tentang peranan sistem IMPI dalam meningkatkan profesionalisme pengelolaan dan imej masjid dalam membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Zulikha Jamaludin
Date Deposited: 23 Nov 2010 06:32
Last Modified: 23 Nov 2010 06:32
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1583

Actions (login required)

View Item View Item