mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kevariasian bahasa lisan sebagai transformasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu

Abd Mutalib, Mashetoh (2013) Kevariasian bahasa lisan sebagai transformasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Journal Rampak Serantau, 20. pp. 141-160. (Unpublished)

[thumbnail of KEVARIASIAN.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (238kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa bervariasi menurut tiga dimensi besar, iaitu berdasarkan kawasan geografi, tempoh masa dan juga ruang sosial (Trudgill, 1978; Labov, 1980; Chambers dan Trudgill, 1990 dan Milroy, 1980). Begitu juga dengan bahasa Melayu itu sendiri yang bervariasi dari segi sebutannya, morfologi, sintaksis dan leksikal.Collins (1981) turut menjelaskan kelainan atau variasi daripada satu bahasa, yakni sebagai satu ragam bahasa yang dapat dibezakan daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata dan tatabahasa.Selain dilihat bahasa bervariasi dari sudut geografi, masa dan sosial, bahasa juga bervariasi dari aspek saluran penyampaian, iaitu lisan1 dan tulisan. Idris (2010: 26) menjelaskan bahawa “wacana lisan sangat produktif dan asas dalam kehidupan harian manusia”.Manakala wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan oleh pewacananya secara bertulis. Menurut beliau lagi, wacana lisan mempunyai fungsi simpanan yang membolehkan komunikasi berlangsung melampaui batas dan ruang, dan wacana tulisan sebagai transaksi idea hasil daripada wacana lisan. Dapatlah dijelaskan bahawa wacana lisan dan tulisan sama pentingnya dan saling melengkapi dalam memerihalkan penggunaan bahasa.Namun persoalan yang paling utama sekali dalam variasi bahasa ialah bahasa tersebut sering dilihat sebagai tidak bervariasi atau dikatakan bersifat seragam dan mengabaikan konteks pengguna bahasa yang sebenar. Ada sesetengah pakar bahasa yang tidak melihat konteks penggunaan bahasa sama ada tulisan bahkan lisan juga.Inilah yang membezakan sesetengah ahli bahasa dengan ahli bahasa yang lain, yang mana bahasa dilihat lebih bervariasi sekiranya diambil kira konteks, iaitu bahasa dihasilkan oleh orang-orang Melayu sendiri dalam berinteraksi dan dalam menyatakan fikiran mereka dalam bahasa mereka (Asmah, 2005).

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Mashetoh Abd. Mutalib
Date Deposited: 20 Oct 2015 00:33
Last Modified: 20 Oct 2015 00:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/15874

Actions (login required)

View Item View Item