mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Integrasi faktor persekitaran dalam memperkasa matlamat pembangunan universiti awam di Malaysia

Ismail, Aziah and Abdullah, Abdul Ghani Kanesan (2007) Integrasi faktor persekitaran dalam memperkasa matlamat pembangunan universiti awam di Malaysia. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of INTEGRASI_FAKTOR_PERSEKITARAN_DLM_MEMPERKASA_MATLAMAT.....pdf] PDF
Download (314kB)

Abstract

Universiti Awam Malaysia mempunyai aspirasi pembangunan tertentu yang ingin diperkasa menerusi pelaksanaan rancangan pembangunan organisasi masing-masing. Namun demikian perubahan globalisasi dan tuntutan daripada pihak berkepentingan dewasa ini telah menyebabkan universiti awam Malaysia berhadapan dengan pelbagai faktor di persekitaran yang bertindak mempengaruhi serta mencabar matlamat pembangunan yang dirancang. Hal ini adalah kerana tekanan perubahan keperluan persekitaran mewujudkan pelbagai idea yang menuntut universiti membangun seiring dengan tuntutan keperluan tersebut (Kivinen & Rinne, 1991). Justeru kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh Universiti Awam Malaysia dalam menentu dan memperkasa matlamat pembangunan organisasi masing-masing. Data bagi kajian ini telah diperoleh melalui kaedah tinjauan (survey), yang menggunakan soal selidik sebagai alat ukur kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 39 item telah diedarkan melalui pos kepada 715 orang responden yang terdiri daripada; i) Pihak pengurusan atasan universiti; ii) Dekan; iii) Timbalan dekan; iv) Ketua jabatan/ Koordinator program/ Penyelaras program/ Pengerusi rancangan di universiti-universiti awam Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan rancangan pembangunan universiti awam Malaysia paling mengutamakan matlamat pembangunan bagi komponen program akademik, penyelidikan dan konsultasi, program pengajian pasca siswazah, pengajaran dan pembelajaran, dan hal ehwal pelajar. Analisis lanjutan mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan bagi keutamaan semua komponen teras antara universiti awam. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa faktor kerajaan kurang diambil kira dalam rancangan pembangunan universiti mereka. Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti kepakaran akademik dalam dan luar universiti, tekanan permintaan pasaran, infrastruktur universiti, perkembangan sains dan teknologi, perkembangan pendidikan tinggi global dan peruntukan kewangan diambil kira dalam perancangan pembangunan universiti mereka. Tegasnya perbezaan faktor-faktor yang diambil kira dan diadaptasi oleh sesebuah universiti merintis kepada perbezaan matlamat dalam pelaksanaan rancangan pembangunan antara universiti awam di Malaysia.Dapat dirumuskan bahawa matlamat pembangunan yang disasarkan oleh Universiti Awam Malaysia mempunyai perkaitan dengan faktor persekitaran yang diambil kira oleh organisasi tersebut. Hal ini yang telah merintis kepada perbezaan dalam keutamaan matlamat yang diberikan oleh Universiti Awam di Malaysia dalam memperkasa rancangan pembangunan masing-masing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 29 Nov 2010 07:40
Last Modified: 29 Nov 2010 07:40
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1608

Actions (login required)

View Item View Item