mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap kepercayaan guru besar terhadap guru: Satu penilaian

Mohd Tahir, Lokman and A. Rahman, Hamidon (2007) Tahap kepercayaan guru besar terhadap guru: Satu penilaian. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of TAHAP_KEPERCAYAAN_GURU_BESAR_TERHADAP_GURU.....pdf] PDF
Download (307kB)

Abstract

Malaysia adalah salah sebuah negara yang memberi perhatian utama dalam pembangunan pendidikan dengan memberi kepekaan kepada pengurusan pendidikan yang berkesan serta kualiti dan profesionalisme guru. Bertitik tolak daripada aspirasi tersebut, kepercayaan pemimpin sekolah terhadap guru perlu dikenal pasti dalam usaha melihat sekolah mencapai kecemerlangan hasil jalinan yang positif antara pemimpin pendidikan dengan guru. Secara umum, kajian dilaksanakan adalah untuk menentukan tahap kepercayaan guru besar di sekolah kebangsaan terhadap guru berdasarkan Model Kepercayaan multi-dimensi oleh Tschannen-Moran (2004). Sampel guru besar untuk kajian ini telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak iaitu 155 orang guru besar yang mewakili sekolah kebangsaan di seluruh negara. Kajian berbentuk tinjauan ini juga telah menggunakan soal selidik utama iaitu Principals Trust Inventory yang turut dibina oleh Tschannen-Moran yang telah diterjemahkan, dinilai ketekalan dalaman serta diubah suai untuk tujuan kajian ini. Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa tahap kepercayaan guru besar terhadap guru adalah pada tahap yang tinggi hasil maklum balas 154 orang guru besar. Penilaian tahap kepercayaan ini turut didapati tidak berbeza serta tidak mempunyai perkaitan dengan faktor latar belakang mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Uncontrolled Keywords: kepercayaan, guru besar/pentadbir sekolah rendah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 29 Nov 2010 07:44
Last Modified: 29 Nov 2010 07:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1610

Actions (login required)

View Item View Item