mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Etika kerja Islam sebagai penyederhana dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan pentadbir universiti awam

Shamsudin, Abdul Shukor and Abdul Rahman, Hamzah and Abdul Ghani, Abdullah (2013) Etika kerja Islam sebagai penyederhana dalam hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan pentadbir universiti awam. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 13.pdf]
Preview
PDF
Download (557kB) | Preview

Abstract

Cabaran utama kepada institusi pengajian tinggi ialah memastikan program akademik yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran serta peka kepada perubahan yang sentiasa berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi masa kini.Sektor pendidikan tinggi mestilah berfungsi sebagai sebuah institusi yang cekap.Tidak diragui lagi bahawa cabaran serta perkembangan semasa memerlukan staf yang memiliki kualiti kepimpinan supaya hasrat organisasi tercapai.Kajian terdahulu menunjukkan kecekapan kepimpinan dipengaruhi oleh pelbagai faktor misalnya kecerdasan emosi.Selain dari itu, tingkah laku beretika juga merupakan salah satu isu utama dalam persoalan kepimpinan masa kini.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan apabila etika kerja Islam diamalkan di kalangan pegawai pentadbiran di IPTA di Malaysia. Responden kajian terdiri dari pentadbir yang bertugas di universiti awam. Menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian rentas, sampel kajian akan dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran. Beberapa hipotesis yang telah dibina akan diuji menggunakan analisa regresi berganda dan regresi hirarki.Dapatan kajian dijangka bermanfaat dari aspek praktikal dan aspek teoretikal.Kefahaman kepada dapatan kajian membolehkan IPTA membuat penambahbaikan kepada program pembangunan kepimpinan sedia ada supaya ianya lebih berkesan lagi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: School of Business Management, College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Etika kerja Islam, Kecerdasan emosi, Kepimpinan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Dr. Abdul Shukor Shamsudin
Date Deposited: 10 Dec 2015 04:10
Last Modified: 19 Apr 2016 03:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16357

Actions (login required)

View Item View Item