Mustafa, Munauwar and Ismail, Mohd Azril and Ramli, Azahari (2013) Hubungan di antara persepsi risiko terhadap ekspedisi pendakian adventur dan kemahiran pemikiran kritis. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Preview |
PDF
Download (341kB) | Preview |
Abstract
Bidang adventur luar sebagai asas pembelajaran adalah tidak bercanggahan dengan teori-teori pembelajaran eksperiensial.Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan di antara persepsi risiko dan kemahiran pemikiran kritis dengan berlatarbelakangkan kepada aktiviti pendakian adventur gunung-gunung di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 112 mahasiswa-mahasiswi institusi-institusi pengajian tinggi.2 set borang soalselidik ditadbir ke atas setiap responden sebelum dan selepas ekspedisi yang disertai mereka.Data yang diperolehi membuktikan secara empirikal bahawa terdapat hubungan yang signifikan lagi kuat dan positif di antara persepsi risiko dengan kemahiran pemikiran kritis.Sehubungan dengan itu, bolehlah dibuat penaakulan bahawa peningkatan kemahiran tersebut telah didapati selari dengan peningkatan persepsi risiko para responden.Dengan itu, mana-mana ekspedisi pendakian adventur yang ditingkatkan tahap persepsi risiko peserta-pesertanya akan juga dapat dilihat peningkatan kepada tahap kemahiran pemikiran kritis mereka.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Organized by: School of Business Management,College of Business, Universiti Utara Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | Persepsi risiko, Kemahiran pemikiran kritis, Latihan dan pembangunan, Pembelajaran eksperiensial, Latihan adventur. |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | School of Business Management |
Depositing User: | Mr. Munauwar Mustafa |
Date Deposited: | 10 Dec 2015 04:13 |
Last Modified: | 19 Apr 2016 00:48 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16359 |
Actions (login required)
View Item |