UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penyeliaan pengajaran dalam latihan mengajar dari perspektif kepimpinan situasi


Mohd. Tahir, Lokman and Abd. Hamid, Mohd. Zolkifli (2007) Penyeliaan pengajaran dalam latihan mengajar dari perspektif kepimpinan situasi. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Download (173kB)

Abstract

Latihan mengajar merupakan tulang belakang kepada program perguruan pra-perkhidmatan kerana ia memberi pengalaman secara praktikal tentang pengajaran dalam situasi sebenar. Pelaksanaannya oleh institusi pengajian tinggi dan institut perguruan dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan tempoh yang berbeza. Beberapa model penyeliaan digunakan sebagai panduan dan rujukan dalam menghasilkan guru pelatih berkualiti. Satu daripadanya ialah model penyeliaan klinikal yang dianggap sebagai model ideal. Namun begitu terdapat laporan yang menyatakan guru-guru pelatih masih lagi tidak mencapai tahap seperti mana yang diharapkan dalam latihan mengajar mereka (Zakaria et al., 2001 ; Abu Hassan Kassim et al., 1994; Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia ,2005). Setelah sekian lama program latihan mengajar dijalankan dan banyak kajian dilakukan, mengapa kelemahan ini berterusan? Dunia pendidikan bersifat dinamik, begitu jugalah seharusnya dengan amalan penyeliaan pengajaran. Stigma yang begitu menebal bahawa penyeliaan klinikal adalah pilihan terbaik menyebabkan penyelia berasa selesa dan serasi. Kelaziman penggunaannya tidak lagi mencerminkan ia sebagai model penyeliaan tetapi lebih kepada prosedur rutin yang perlu dipatuhi oleh para penyelia. Oleh itu, suatu pendekatan lebih realistik wajar difikirkan semula. Kertas kerja ini membincangkan beberapa kelemahan amalan penyeliaan pengajaran dalam latihan mengajar serta kesesuaian beberapa model penyeliaan pengajaran bersifat developmental yang diadaptasi daripada teori kepimpinan situasi (Situational Leadership) Hersey dan Blanchard (1998) .Dengan merujuk kepada model-model perkembangan guru pelatih dalam latihan mengajar, beberapa stail penyeliaan dicadangkan untuk disesuaikan dengan tahap perkembangan guru pelatih bagi melihat kongruensinya. Kertas kerja ini merupakan suatu analisis terhadap tinjauan literatur tentang amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan teori kepimpinan situasi dalam praktikum latihan mengajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 30 Nov 2010 07:25
Last Modified: 30 Nov 2010 07:25
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1659

Actions (login required)

View Item View Item