UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan web 2.0 tools dalam kalangan pensyarah universiti


Saad, Norazlinda and Sankaran, Surendran (2014) Hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan web 2.0 tools dalam kalangan pensyarah universiti. In: International Conference on Postgraduate Research 2014 (ICPR 2014), December 1-2, 2014, Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (300kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan Web 2.0 Tools dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Populasi kajian ini adalah pensyarah universiti dan seramai 100 orang pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak.Satu set soal selidik yang diadaptasikan dari kajian-kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen untuk mengutip data. Analisis kajian sebenar menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α=0.89.Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi pearson.Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah tentang Web 2.0 Tools adalah pada tahap sederhana, manakala tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P berada pada tahap rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Dapatan ini menggambarkan bahawa para pensyarah mempunyai pengetahuan dan sedar tentang kepentingan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Kajian ini memberi implikasi bahawa di samping faktor pengetahuan, faktor-faktor lain seperti kemahiran, ganjaran dan kemudahan juga perlu diberi perhatian supaya dapat meningkatkan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: (e-ISBN 978-983-3048-98-4 ) Organized by: Centre of Post Graduate Studies, International Islamic University College Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor, MALAYSIA.
Uncontrolled Keywords: ICT, Web 2.0 Tools, Pengetahuan.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Norazlinda Saad
Date Deposited: 03 Jan 2016 06:40
Last Modified: 25 May 2016 06:28
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/16672

Actions (login required)

View Item View Item