mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Rubrik pembangunan Pekan Sempadan Malaysia-Kalimantan: Tebedu-Entikong

Anuar, Abdul Rahim (2013) Rubrik pembangunan Pekan Sempadan Malaysia-Kalimantan: Tebedu-Entikong. In: Konferensi Antar Universiti Se Borneo-Kalimantan Ke-7 (KABOKA 7), 19 - 21 November 2013, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). (Unpublished)

[thumbnail of Abstract]
Preview
PDF (Abstract)
Download (9kB) | Preview

Abstract

Wujud jurang pembangunan antara kawasan desa dan bandar atau pinggiran dan pusat.Kawasan desa/pinggir selalu dikaitkan dengan kemunduran dan kemiskinan berbanding di bandar/pusat yang dikaitkan dengan kemajuan dan penduduknya berpendapatan tinggi.Pekan di sempadan seperti antara Malaysia-Indonesia selalunya berada di kawasan pendalaman dan juga dikaitkan dengan kemunduran dan penduduknya berpendapatan rendah serta miskin.Konsep pembangunan di kawasan sempadan lebih bersifat tradisional, iaitu berteraskan pertahanan dan keselamatan dan tidak kepada pembangunan ekonomi. Pembangunan di kawasan perbatasan perlu dibangunkan dan melestarikan ke arah status ekonomi berpendapatantinggi dengan tujuan mengeluarkannya daripada perangkap ekonomi mundur dan miskin.Ia juga membantu pembangunan yang lebih berimbang antara desa-bandar atau pinggir-pusat.Sehubungan itu, pekan sempadan Tebedu (Sarawak) dan Entikong (Kalimantan Barat) dijadikan sebagai kajian kes.Latar belakang geografi, sosial dan ekonomi kedua-dua pekan itu dikaji untuk menilai tahap pembangunan ekonomi masing-masing. Wujud jurang pembangunan antara Tebedu dan Kuching (Sarawak). Begitu juga dengan Entikong dengan Pontianak (Kalimantan Barat). Antara dua pekan sempadan itu pula, berlaku ketempangan pembangunan yang Tebedu adalah lebih maju secara relatif dengan Entikong. Pelaburandi kawasan sempadan menerusi inisiatif kerajaan dan swasta adalah diperlukanuntukmencetus aktiviti ekonomi menerusi pembangunan estet perindustrian dan pelabuhan darat justeru peluang pekerjaan. Ini adalah kerana Tebedu-Entikong terletak di rangkaian jalan rayautama dari Pontianak, Kuching, Brunei, dan Kota Kinabalu di bawah perancangan Koridor Ekonomi Borneo Barat. Daerah Tebedu dan Entikong yang kaya dengan sumber alam boleh eksploitasi oleh pelabur sebagai sumber bahan mentah yang murah untuk kegiatan ekonomi mereka di estet perindustrian Tebedu dan Entikong. Malah dengan adanya pelaburan darat, pintu keluar-masuk Tebedu-Entikong adalah get laluan utama ke pasaran Malaysia, Indonesia, serantau dan global. Ini mencetus peluang pendapatan dan pekerjaan kepada komuniti sempadan. Secara langsung, pendekatan pembangunan di pekan yang mengambil kira pertimbangan ekonomi, di samping mengekalkan pendekatan pertahanan dan keselamatan dapat meningkatkan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: ekonomi pekan sempadan, Tebedu, Entikong, pelabuhan darat, estet perindustrian
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Abdul Rahim Anuar
Date Deposited: 03 Jan 2016 06:48
Last Modified: 03 Jan 2016 06:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16683

Actions (login required)

View Item View Item