UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keengganan memiliki komputer dan internet di rumah: Satu persoalan jurang digital dalam kalangan masyarakat Malaysia


Ishak, Mohd Sobhi and Abu Hassan, Musa (2007) Keengganan memiliki komputer dan internet di rumah: Satu persoalan jurang digital dalam kalangan masyarakat Malaysia. In: International Conference on Media and Communication (MENTION 2007), August 2007, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (80kB) | Request a copy

Abstract

Jurang digital adalah isu besar yang mendepani pembangunan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh dunia.Persoalan mengenai jurang digital seringkali menjurus kepada isu pembangunan infrastruktur fizikal teknologi komputer dan Internet.Malangnya, persoalan mengapa masyarakat enggan memiliki komputer dan Internet jarang diperkatakan.Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian rintis dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mempunyai telefon talian tetap di rumah tetapi enggan memiliki komputer dan Internet.Pengumpulan data dijalankan secara temubual melalui telefon terhadap 250 responden yang dipilih secara rawak dari lima negeri berdasarkan zon (utara, tengah, selatan, timur dan Malaysia timur).Data kajian dianalisa menggunakan statistik deskriptif.Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Malaysia yang mempunyai telefon talian tetap tidak memiliki komputer dan Internet.Keengganan untuk memiliki komputer adalah didorong oleh alasan ’tidak memerlukan komputer’ manakala keengganan memiliki Internet pula adalah disebabkan persepsi negatif bahawa Internet mengandungi banyak ’bahan lucah’.Kesimpulannya, kejayaan memasyarakatkan ICT dan menangani isu jurang digital sukar dilaksanakan sekiranya masyarakat sendiri enggan terlibat dengan teknologi.Oleh itu, usaha menterjemah kepentingan dan menangani persepsi negatif terhadap komputer dan Internet kepada masyarakat perlu dipergiatkan supaya ICT akhirnya dapat dibudayakan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran: Sekolah Pengajian Media & Komunikasi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Jurang digital, Internet, ICT, keengganan, masyarakat.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd Sobhi Ishak
Date Deposited: 03 Jan 2016 08:58
Last Modified: 03 Jan 2016 08:58
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/16739

Actions (login required)

View Item View Item