mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kerangka konsep keupayaan dinamik: satu penjelasan melalui transformasi sektor awam

Ahmad Zaidi, Mohamad Faizal and Bahaudin, Ahmad Yusni and Abdullah, Che Sobry and Mohamed Udin, Zulkifli (2015) Kerangka konsep keupayaan dinamik: satu penjelasan melalui transformasi sektor awam. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of 8.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (412kB) | Request a copy
Official URL: http://ncsc.uum.edu.my/

Abstract

Penulisan ilmiah ini dilahirkan daripada kajian asas (baseline study) dan analisis keperluan (need analysis) yang telah dijalankan di sektor awam. Walau bagaimanapun, penulisan ilmiah ini bukanlah bertujuan untuk menerangkan perjalanan kajian di sektor awam tersebut mahupun hal-hal yang berkaitan dengan pelan strategiknya, sebaliknya menggunakan maklumat yang berkaitan dengan kajian tersebut untuk membangunkan kerangka konsep keupayaan dinamik. Berdasarkan kepada dapatan kajian, perbincangan difokuskan kepada elemen kakitangan (hasil kajian asas) dan dimensi pembangunan dasar (hasil analisis keperluan) memandangkan kedua-duanya mendapat maklumbalas yang sangat kritikal daripada responden. Oleh kerana konsep keupayaan dinamik mendapat kritikan terhadap asas penggunaannya, penulisan ilmiah ini bermatlamat untuk membangunkan kerangka konsep yang diharapkan dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul. Melalui kerangka konsep tersebut, penulisan ilmiah ini menjelaskan bagaimana proses transformasi menurut konsep keupayaan dinamik boleh dikaitkan dengan kecekapan kakitangan sektor awam untuk meningkatkan mutu pembangunan dasar demi kepuasan pelangannya. Penulisan ilmiah ini juga mencadangkan supaya kajian empirikal dilakukan untuk menentukan kesahihan hubungan di antara kecekapan kakitangan dan pembangunan dasar melalui mediasi proses transformasi sumber, dan seterusnya menyumbang ke arah pembangunan berterusan konsep keupayaan dinamik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kecekapan kakitangan; konsep keupayaan dinamik; pembangunan dasar; proses transformasi sumber; sektor awam
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Mohamad Faizal Ahmad Zaidi
Date Deposited: 11 Jan 2016 07:11
Last Modified: 12 Apr 2016 06:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16891

Actions (login required)

View Item View Item