Awang Sapie, Rahmah and Shaari, Abdull Sukor (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi pengunaan sintaksis Bahasa Melayu. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2010, 2-3 Ogos 2010, Hotel Concorde Shah Alam, Selangor. (Unpublished)
PDF
Download (120kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu pelajar tahun lima dari segi sikap, motivasi dan stail pengajaran guru dan di samping itu, kajian ini juga cuba untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang paling dominan dalam mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis pelajar ini. Kajian ini melibatkan seramai 120 pelajar tahun lima di daerah Kota Setar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 24 item dan dua latihan untuk mengukur keupayaan penguasaan sintaksis pelajar. Dapatan kajian menunjukkafiahawa terdapat hubungan yang signifikan, positif dan sederhana antara motivasi, sikap dan stail pengajaran guru dengan tahap penguasaan sintaksis pelajar manakala motivasi ialah pemboleh ubah paling dominan dalam mempengaruhi tahap penguasaan sintaksis bahasa Melayu.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari |
Date Deposited: | 01 Dec 2010 09:25 |
Last Modified: | 01 Dec 2010 09:25 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1698 |
Actions (login required)
View Item |