mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap pengurusan konflik dalam kalangan guru besar-guru besar dan guru-guru di sekolah rendah

Ibrahim, Mohammed Sani and Mohd Hamzah, Mohd Izham and Md Kassim, Jainabee (2007) Tahap pengurusan konflik dalam kalangan guru besar-guru besar dan guru-guru di sekolah rendah. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of TAHAP_PENGURUSAN_KONFLIK_DLM_KALANGAN_GURU_BESAR.pdf] PDF
Download (327kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah terhadap amalan dalam pengurusan konflik di sekolah rendah. Antara objektif kajian adalah untuk meninjau pandangan guru-guru dan Guru Besar-Guru Besar terhadap konsep konflik, faktor-faktor kewujudan konflik, tahap-tahap konflik, kesan konflik serta gaya dan pendekatan yang diamalkan untuk mengurus konflik. Seramai 30 orang Guru Besar lelaki dan 9 orang Guru Besar wanita yang sedang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di UKM serta 624 orang guru sekolah rendah di bawah pentadbiran mereka (201 lelaki dan 471 perempuan) dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasikan daripada lima soal selidik untuk mengukur mod pengurusan konflik iaitu Rahim Organizational Conflict Inventory II (1995), Blake & Moulton (1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas & Kilmann (1974). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif (Kekerapan, Peratus dan Min) dan Statistik Inferensi (Regresi Berganda). Kajian mendapati konflik memang wujud antara pentadbir dan guru, antara guru dan guru, antara pentadbir dengan pentadbir dan antara guru dengan staf sokongan. Konflik yang kerap berlaku ialah di antara pentadbir dengan guru dan di antara guru-guru dengan guru. Guru Besar-Guru Besar dan guru-guru berpendapat bahawa selain daripada wujud secara semula jadi, konflik boleh juga berpunca daripada percanggahan nilai-nilai peribadi dan tingkah laku serta emosi. Melalui analisis regresi, dapatan ini menunjukkan bahawa faktor peribadi menyumbang ke atas terjadinya konflik (42.1%) manakala 43.3% disumbangkan oleh faktor komunikasi, dan 14.6% lagi oleh faktor-faktor lain yang tidak termasuk di dalam kajian ini. Pada keseluruhannya, tahap konflik di sekolah-sekolah rendah masih berada di peringkat rendah, tetapi tetap memberi kesan yang tinggi. Gaya pengurusan konflik yang selalu digunakan oleh Guru Besar-Guru Besar dan guru-guru ialah bersepadu dan bertolak ansur, manakala pendekatan pengurusan konflik yang didapati berjaya ialah pertemuan secara bersemuka, matlamat kongsi bersama, memperbanyakkan sumber, mengenal pasti perbezaan staf dan mengubah tingkah laku. Juateru, barisan pentadbiran sekolah perlu memahami punca-punca konflik dan mengambil kira amalan dan pendekatan pengurusan yang dapat menangani konflik secara lebih berkesan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 02 Dec 2010 06:34
Last Modified: 02 Dec 2010 06:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1704

Actions (login required)

View Item View Item