Shaari, Abdull Sukor and Tang, Swee Mei and Lim, Kong Teong and Yusof, Ab. Aziz and Jamal Khan, Mohd Khan (2007) Keadilan penilaian prestasi dalam kalangan guru dan hubungannya dengan kepuasan kerja dan pencapaian akademik. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)
![]() |
PDF
Download (387kB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru terhadap keadilan penilaian prestasi dari segi keadilan pengagihan dan keadilan prosedur. Di samping itu, kajian ini juga meninjau hubungan antara kedua-dua keadilan penilaian prestasi dengan prestasi organisasi sekolah yang diukur melalui kepuasan kerja guru dan pencapaian akademik sekolah. Daripada 110 buah sekolah yang disampelkan dalam kajian ini, sebanyak 86 buah sekolah telah mengembalikan set borang soal selidik yang lengkap dan mencukupi untuk kajian ini, iaitu sebanyak 78% kadar respon. Hasil kajian mendapati aspek keadilan penilaian prestasi berada pada tahap yang sederhana. Sebaliknya dari aspek kepuasan kerja pula didapati responden guru tidak begitu mempunyai kepuasan kerja yang tinggi. Dari segi perkaitaan antara keadilan penilaian prestasi dengan pencapaian akademik, didapati secara keseluruhannya kedua-dua aspek adalah berkait secara positif dan signifikan. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan bahawa keadilan penilaian prestasi boleh menyumbang kepada usaha organisasi pendidikan dalam meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan guru serta pencapaian akademik sekolah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 02 Dec 2010 07:02 |
Last Modified: | 02 Dec 2010 07:02 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1709 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |