mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengalaman dan sumber maklumat berkait seks dalam kalangan penghuni institusi perlindungan dan pemulihan

Ahmad, Noor Azizah and Sayuti, Rusimah and Abd Manaf, Abdul Razak and Jamaluddin, Zakiyah and Md. Zain, Rajwani (2015) Pengalaman dan sumber maklumat berkait seks dalam kalangan penghuni institusi perlindungan dan pemulihan. In: USM International Conference on Social Sciences 2015 (USM-ICOSS2015), 27th – 28th August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[thumbnail of 2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (354kB) | Request a copy

Abstract

Remaja merupakan aset penting dalam mencorak masa depan dan hala tuju bagi memastikan kelestarian dan keutuhan sesebuah masyarakat.Tumpuan perbincangan tentang remaja sering memfokuskan kepada isu-isu berkaitan kebajikan, pembangunan jati diri remaja, fenomena krisis nilai dan kemelut gejala sosial yang mencetuskan kerisauan dan keprihatinan masyarakat.Salah satu masalah utama ialah penglibatan remaja dalam pergaulan bebas dan aktiviti seks luar nikah sehingga membawa kepada kes-kes mengandung dan pembuangan bayi.Artikel ini cuba mengupas sumber maklumat pengetahuan dan pengalaman seks dalam kalangan remaja yang ditempatkan di salah sebuah pusat perlindungan dan pemulihan di Malaysia.Maklumat diperolehi berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada seramai 99 orang responden menggunakan teknik persampelan bertujuan.Dapatan kajian menunjukkan antara sumber yang paling kerap dirujuk untuk mendapatkan maklumat seks ialah kawan-kawan, teman lelaki/perempuan, media massa, internet, dan juga melalui pengalaman seksual sendiri.Malangnya, kaum keluarga merupakan sumber yang paling sedikit atau jarang sekali dirujuk oleh responden.Kajian turut mendapati hampir 74% responden mempunyai pengalaman berkaitan kehamilan. Lebih 70% daripada responden amat jarang atau tidak pernah menggunakan kondom apabila melakukan hubungan seksual dan hampir 80% responden tidak pernah menggunakan pil pencegah kehamilan.Dapatan kajian juga menunjukkan ada sebilangan kecil responden yang dipaksa melakukan hubungan seksual atau mengalami penderaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-11473-3-7
Uncontrolled Keywords: remaja, maklumat seks, pengalaman seks, pusat perlindungan, Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Dr. Noor Azizah Ahmad
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:00
Last Modified: 27 Apr 2016 00:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17098

Actions (login required)

View Item View Item