UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Potensi dan pendekatan dalam perancangan pembangunan pelancongan pacuan komuniti di bawah inisiatif Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kedah, Malaysia


Ahmad, Hartini and Sulaiman, Nor Intan Saniah and Md Hashim, Azhari (2015) Potensi dan pendekatan dalam perancangan pembangunan pelancongan pacuan komuniti di bawah inisiatif Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kedah, Malaysia. In: USM International Conference on Social Sciences 2015 (USM-ICOSS2015), 27th – 28th August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (488kB) | Request a copy

Abstract

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan sebuah pusat pelaksanaan pelbagai program pembangunan dalam merealisasikan matlamat membangunkan masyarakat luar bandar dari pelbagai segi seperti perkhidmatan, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan.Pada asasnya terdapat lapan (8) inisiatif yang menjadi fokus pelaksanaan program transformasi masyarakat luar bandar oleh RTC yang diterajui oleh pelbagai kementerian berkaitan iaitu penyediaan latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar, penyediaan kios informasi, memupuk pertanian bernilai tinggi, pemprosesan produk agro-makanan, pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian, kerjasama universiti, perkhidmatan keselamatan makanan dan farmaseutikal, dan kemudahan pembiayaan kewangan kepada usahawan luar bandar.Namun bagi RTC Kedah, terdapat inisiatif ke-sembilan (9) iaitu pembangunan pelancongan yang diterajui oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan potensi produk pelancongan tempatan dan pendekatan strategik dalam perancangan pembangunan pelancongan di Negeri Kedah yang dipacu oleh masyarakat luar bandar selari dengan peranan dan fungsi RTC. Dengan pelbagai nilai keunikan yang dimiliki selain Pulau Langkawi, fokus pelancongan bagi RTC Kedah dengan mengambil kira objektif transformasi masyarakat luar bandar, boleh dikembangkan melalui beberapa sektor utama iaitu penginapan, pengangkutan, pusat membeli-belah, makanan dan minuman, sukan dan rekreasi, produk pelancongan tempatan, serta kesenian, kebudayaan dan sejarah. Bagaimanakah masyarakat luar bandar boleh memainkan peranan utama dalam memacu industri pelancongan tempatan dan apakah pendekatan strategik yang bersesuaian dalam perancangan pembangunan pelancongan oleh RTC Kedah dan kementerian penerajunya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-11473-3-7
Uncontrolled Keywords: pembangunan luar bandar, pembangunan pelancongan, penyertaan komuniti, produk pelancongan luar bandar.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Prof. Madya Dr. Hartini Ahmad
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:15
Last Modified: 27 Apr 2016 00:09
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/17103

Actions (login required)

View Item View Item