UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kebebasan beragama: Hak peribadi atau hak negara?


Halim, Rohizan and Yusof, Yuhanif (2015) Kebebasan beragama: Hak peribadi atau hak negara? In: USM International Conference on Social Sciences 2015 (USM-ICOSS2015), 27th – 28th August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (590kB) | Request a copy

Abstract

Kebebasan beragama adalah antara hak kebebasan asasi yang diberikan oleh sesebuah negara kepada warganegara mereka dalam Perlembagaan. Kebebasan beragama biasanya terdiri daripada kebebasan untuk menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama.Sebelum hak ini wujud sebagai hak undang-undang, agama telah lama diiktiraf sebagai hak moral. Hak ini telah diberikan oleh Pencipta kepada manusia. Apa yang wujud pada mulanya sebagai hak moral sukar dilaksanakan kerana peningkatan dalam bilangan manusia serta kemajuan dalam teknologi komunikasi global. Keupayaan manusia untuk bergerak bebas dan proses asimilasi etnik dan agama telah menyumbang kepada agama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Ada peperangan yang berkaitan dengan agama dan juga campurtangan kerajaan dalam isu agama dengan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan. Terdapat negara-negara yang mendakwa mereka tidak menganggu hak warganegara mereka apabila melibatkan isu-isu agama. Sejauh mana agama boleh dikekalkan sebagai hak peribadi? Kertas kerja ini akan membincangkan realiti samada hak kebebasan beragama boleh terus wujud sebagai hak moral dan menjadi hak peribadi individu dengan menggunakan kaedah kualitatif dan doktrinal.Kesimpulan akan dibuat berdasarkan data yang diperolehi samada hak kebebasan beragama adalah hak peribadi atau hak negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-11473-3-7
Uncontrolled Keywords: Kebebasan beragama; hak moral; hak peribadi; hak negara; sifat negara.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
J Political Science > JF Political institutions (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Rohizan Halim
Date Deposited: 10 Feb 2016 02:42
Last Modified: 10 Feb 2016 02:42
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/17107

Actions (login required)

View Item View Item