mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan komik pendidikan sebagai solusi kepada stigma sosial pembaca malaysia: isu, elemen dan implikasi

Azman, Farah Nadia and Zaibon, Syamsul Bahrin and Shiratuddin, Norshuhada (2015) Pembangunan komik pendidikan sebagai solusi kepada stigma sosial pembaca malaysia: isu, elemen dan implikasi. International Journal of Creative Future and Heritage, 3 (2). pp. 85-98. ISSN 22894527

[thumbnail of journalTENIATDis2015.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Sebagai warisan seni tanah air yang tidak ternilai, sebilangan besar pelan tindakan bagi mengangkat martabat komik di Malaysia telah direalisasikan oleh pelbagai pihak. Namun begitu, masih wujud stigma negatif terhadap komik di kalangan masyarakat. Bagi menyokong usaha pembangunan komik pendidikan sebagai salah satu solusi memantapkan sokongan umum terhadap media visual ini, artikel ini mengkaji elemen utama dalam komik pendidikan yang disenaraikan mengikut kategori berbeza. Ini bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana unsur pendidikan diintegrasikan dalam komik. Hasil kajian didapati selari dengan dua klafikasi umum komik instructional yang dinyatakan oleh pelopor seni komik antarabangsa, Will Eisner iaitu komik pendidikan dengan kandungan bersifat fakta dan kandungan untuk pembentukan sikap. Analisa juga merumuskan bahawa komik pendidikan berpotensi menjadi medium pilihan primer di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana kandungannya memenuhi perkembangan intelektual dan kehendak emosi golongan tersebut. Artikel ini turut mengupas kepentingan menjalankan penyelidikan lanjutan bagi memantau sejauh mana komik pendidikan diterima pembaca dengan kerjasama warga industri komik negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Komik, Warisan, Komunikasi visual, Media pendidikan, Stigma sosial
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Dr. Syamsul Bahrin Zaibon
Date Deposited: 24 Feb 2016 03:14
Last Modified: 27 Apr 2016 01:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17283

Actions (login required)

View Item View Item