mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan tranformasi pengetua ke atas tingkah laku kerja guru-guru

Mad Shah, Ishak and Mahfar, Mastura (2007) Impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan tranformasi pengetua ke atas tingkah laku kerja guru-guru. In: The 5th ASEAN Symposium on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5), 18-19 August 2007, Legend Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of IMPAK_TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_TRANSAKSI.pdf] PDF
Download (305kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti impak tingkah laku kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Seramai 432 orang guru dari 13 buah sekolah menengah kebangsaan di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai subjek kajian. Alat ukur yang digunakan untuk pengumpulan data terdiri dari Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass, Minnessota Satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh Cook, Hepworth, Wall dan Warr (1981) dan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) oleh Allen dan Meyer. Data-data kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menghuraikan demografi subjek kajian. Manakala statistik infrensi iaitu regresi pelbagai digunakan untuk menghuraikan impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke atas kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Koefisien penentuan R2 yang diperolehi menunjukkan anggaran peratusan variasi pemboleh ubah bebas yang menerangkan varians pemboleh ubah bersandar. Manakala nilai Beta adalah bertujuan untuk melihat sumbangan setiap dimensi tingkah laku kepimpinan. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan tingkah laku kepimpinan transaksi dan tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah. Keputusan kajian lain menunjukkan kedua-dua dimensi tingkah laku kepimpinan transaksi pengetua memberi impak kepada kepuasan kerja guru-guru. Namun impak ke atas komitmen guru terhadap sekolah hanyalah dimensi mengurus secara kekecualian. Bagi tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua didapati hanya dimensi karisma sahaja yang memberi impak kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by Faculty of Cognitive Sciences and Education, Universiti Utara Malaysia and Ministry of Education Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 05 Dec 2010 01:22
Last Modified: 05 Dec 2010 01:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1736

Actions (login required)

View Item View Item