mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan bekerjasama dalam komuniti setempat: Kepentingannya menurut perspektif Islam

Marni, Nurazmallail and Mohamed, Ahmad Kilani and Hashim, Normala and Abu Nasir, Ruzana (2004) Amalan bekerjasama dalam komuniti setempat: Kepentingannya menurut perspektif Islam. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 2.pdf]
Preview
PDF
Download (164kB) | Preview

Abstract

Dalam era pasca modenisma, semakin ramai yang bersikap individualistik lantaran saling berlumba-lumba mengejar kebendaan. Mereka hanya memikirkan cara menyempurnakan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan tercapai. Hak dan keperluan orang lain diabaikan. Akibatnya, ada yang tidak mengenali jiran apatah lagi memberikan bantuan kepada yang bermasalah. Sesetengahnya berfikir bahawa tidak perlu mencampuri hal orang lain dan sebaliknya. Mereka turut terpengaruh dengan fahaman kapitalisme iaitu setiap orang adalah bertanggungjawab terhadap nasib dirinya sendiri, bebas dalam segala tindakan terhadap harta bendanya. Kesannya, orang-orang kaya merasa tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu golongan miskin. Pihak majikan pula tidak menghiraukan kebajikan pekerja bawahan malah mengambil kesempatan atas kelemahan pekerja dengan memeras tenaga dan memberikan upah yang tidak setimpal. Dalam institusi perkahwinan, isteri dipertanggungjawabkan dengan urusan di rumah sementara suami keluar bekerja mencari nafkah. Bersandarkan anggapan bahawa tugas di rumah adalah mudah, suami hanya duduk bersantai, sementara si isteri begitu sibuk dengan urusan yang banyak. Keadaan ini seringkali menimbulkan ketidakpuasan hati isteri dan akhirnya timbul pergolakan dalam rumahtangga hingga menyebabkan penceraian atau pergaduhan. Kebiasaannya, kebajikan anak-anak terabai. Jika masalah tersebut tidak ditangani dengan baik, anak-anak akan mudah terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Artikel ini akan mengupas beberapa bentuk kerjasama yang harus wujud dalam keluarga dan komuniti setempat. Antaranya ialah kerjasama antara suami dan isteri dalam rumahtangga, kerjasama antara sanak saudara, kerjasama masyarakat setempat dalam membuat kebajikan, mencegah kemungkaran dan kerjasama dalam mewujudkan jaringan perniagaan. Dalil-dalil mengenai kepentingan bekerjasama dan kisah-kisah teladan turut dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 08 Dec 2010 01:21
Last Modified: 08 Dec 2010 01:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1761

Actions (login required)

View Item View Item