mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar

Yahaya, Azizi and Ismail, Norimah and Hashim, Shahrin and Boon, Yusof (2004) Hubungan antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 4.pdf]
Preview
PDF
Download (137kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana hubungan di antara sejarah silam terhadap perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Sejarah silam dikaji melalui soalselidik berdasarkan empat faktor yang didapati memberi pengaruh iaitu faktor keluarga, rakan, sekolah dan persekitaran. Personaliti yang dikaji ialah agresif, ekstroversi, intoversi, kritik diri dan sokongan. Sampel yang terpilih adalah secara rawak yang terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat dan lima yang berumur dalam lingkungan 16 dan 17 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai mewakili pelajar bandar dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Ulu Tebrau mewakili pelajar luar bandar. Hasil dapatan kajian rintis yang dijalankan ke atas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (II) mendapati tahap kebolehpercayaan (Alpha Croanbach) ialah 0.7. Data dianalisis menggunakan program SPSS Versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratus, min, Ujian T dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti pelajar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 09 Dec 2010 02:17
Last Modified: 09 Dec 2010 02:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1782

Actions (login required)

View Item View Item