UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Aplikasi teknologi ICT hijau di pejabat


Mohamed Elias, Ezanee and Abu Bakar, Azizi and Nadarajan, Santhirasegaran (2012) Aplikasi teknologi ICT hijau di pejabat. Journal of Technology and Operations Management, 7 (1). pp. 63-77. ISSN 1823-514X

[img]
Preview
PDF
Download (445kB) | Preview

Abstract

Teknologi ICT hijau merupakan program mesra alam yang berkaitan dengan kepenggunaan peralatan ICT secara efisien di pejabat.Pada masa kini kajian terhadap aplikasi teknologi ICT hijau di sektor perkhidmatan awam amat kurang diberi perhatian berbanding di sektor swasta.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan di kalangan pekerja tentang kepentingan untuk mengaplikasikan teknologi ICT hijau di pejabat.Dapatan kajian menggunakan temubual secara bersemuka bersama 36 responden dari tiga buah institusi pengajian tinggi awam. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan 54% responden mempraktiskan prosedur teknologi ICT hijau manakala 46% responden tidak mempraktiskannya walaupun secara umumnya mereka mengetahui bahawa institusi mereka mempunyai prosedur untuk mengaplikasi kaedah tersebut. Oleh itu kajian ini menyarankan agar agensi yang berwajib khasnya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjalankan promosi secara intensif ke seluruh sektor awam agar dapat mengurangkan kepenggunaan tenaga dan kos operasi serta dapat menangani isu dunia seperti pemanasan global dan pelepasan berlebihan CO2.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aplikasi, teknologi ICT hijau, kualitatif, peralatan pejabat, sektor awam
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Ezanee Mohamed Elias
Date Deposited: 14 Apr 2016 03:36
Last Modified: 14 Apr 2016 03:36
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/17850

Actions (login required)

View Item View Item