UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Fenomena sumbang mahram di kalangan masyarakat Islam di Malaysia


Othman, Azizah and Aziz, Azelin (2004) Fenomena sumbang mahram di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (188kB) | Preview

Abstract

Sumbang mahram merupakan satu gejala yang semakin serius dan mendapat perhatian masyarakat dan pihak kerajaan pada masa kini. Masyarakat juga melabelkan kejadian ini sebagai “Haruan Makan Anak”. Kejadian sumbang mahram ini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat dan negara sedang mengalami kemelut gejala sosial yang meruncing. Senario ini hebat diperbincangkan sama ada di media elektronik dan media cetak. Perlakuan sumbang mahram ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan ia telah memberi kesan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Usaha-usaha untuk membebaskan persekitaran masyarakat dari jenayah sumbang mahram memerlukan pembabitan dan sokongan semua pihak seperti badan kerajaan, pihak swasta, ahli keluarga dan masyarakat setempat. Apa yang pasti jika permasalahan ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia mampu meruntuh institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya. Kertas kerja ini cuba membincangkan permasalahan sumbang mahram dan alternatif yang perlu diambil untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 09 Dec 2010 02:30
Last Modified: 09 Dec 2010 02:30
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1815

Actions (login required)

View Item View Item