Al-Dawany, Aminuddin Ruskan (2004) Gagasan naratif dalam pasca moden: Cabaran terhadap orientasi pendidikan Islam. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)
Preview |
PDF
Download (126kB) | Preview |
Abstract
Perbincangan ini ditumpukan kepada isu naratif besar dan naratif kecil dalam pemikiran pasca moden. Gagasan naratif besar mengimplikasikan kesan penerimaan dan penolakan naratif kecil. Naratif besar merujuk kepada “pandangan dunia, ilmu mahupun teori yang menganggap dirinya menyeluruh lagi benar. Ini meliputi semua disiplin ilmu dan bidang kehidupan termasuklah agama, sains atau fahaman-fahaman seperti positivisme, sosialisme, demokrasi liberal, strukturalisme dan feminisme”. Fenomena ini menyebabkan ada kecenderungan menggantikan naratif besar dengan naratif kecil khususnya dalam kontek ilmu yang tidak menyeluruh dan dakwaannya terhadap kebenaran adalah terhad dan kontekstual. Idea ini mempunyai implikasinya yang tersendiri, pertama kepada Islam yang mendasari orentasi pendidikan masyarakat Islam. Berkaitan dengan implikasi idea ini kepada Islam, penolakan naratif besar agak dibimbangi kerana ia boleh mencabar berbagai aspek kehidupan termasuklah agama dan prinsip pendidikannya. Penolakan naratif besar bermakna semua yang disebut oleh agama akan diketepikan sebagai tidak bererti dan palsu belaka. Kedua kepada kemunculan kelompok kecil yang menuntut haknya. Ada kumpulan kecil yang positif sifatnya seperti ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan miskin dan ada yang negatif sifatnya seperti maknyah, muzik rock, rockers, gay dan lesbian.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 12 Dec 2010 06:31 |
Last Modified: | 12 Dec 2010 06:31 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1817 |
Actions (login required)
View Item |