mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gerakan Daya Wawasan (GDW) sebagai pemangkin pembinaan nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang komuniti luar bandar di Malaysia

Mohd. Balwi, Mohd Koharuddin and Dora, Taib and Zaini, Fadhilah and Abd. Kadir, Hamdan and Abd. Rahman, Hamidah and Mohd Khalid, Aminah (2004) Gerakan Daya Wawasan (GDW) sebagai pemangkin pembinaan nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang komuniti luar bandar di Malaysia. In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 13.pdf]
Preview
PDF
Download (119kB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini melihat sejauhmanakah nilai-nilai proaktif, kreatif, inovatif dan cemerlang telah berjaya ditanamkan ke dalam komuniti luar bandar di Malaysia sejak Gerakan Desa Wawasan dilancarkan pada 4 hb Julai 1996. Matlamat Gerakan Desa Wawasan antara lain adalah untuk menimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan nilai, paradigma, sikap, amalan dan aspirasi di kalangan komuniti di luar bandar yang juga selari dengan matlamat Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar dan Wawasan 2020. Lantaran itu Gerakan Daya Wawasan merupakan satu mekanisme penting bagi menyediakan komuniti luar bandar ke arah pencapaian Wawasan 2020 bagi membentuk komuniti luar bandar yang memiliki nilai-nilai proaktif, berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin. Objektif Gerakan Daya Wawasan ialah bagi meningkatkan nilai berdikari di kalangan komuniti luar bandar dengan mengikis mentaliti subsidi, meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti, meningkatkan keupayaan komuniti luar bandar untuk maju dan mampu menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya Gerakan Desa Wawasan ini dalam pembangunan insan bagi membina komuniti luar bandar yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaan telah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagi mempertegaskan usaha anjakan paradigma dan nilai di kalangan komuniti luar bandar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Nilai-nilai pro-aktif, inovatif, kreatif, Gerakan Desa Wawasan, Transformasi Kedua Luar Bandar, komuniti luar bandar
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 12 Dec 2010 06:34
Last Modified: 12 Dec 2010 06:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1819

Actions (login required)

View Item View Item