Che Mat, Che Bakar
(2004)
Hak asasi manusia dalam sistem nilai pasca modenism.
In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.
(Unpublished)
Abstract
Setiap manusia yang hidup perlu diberi hak masing-masing. Perjuangan mengenai hak asasi manusia telah berlaku sejak zaman dahulu. Sebagai makhluk yang dicipta dengan unsur-unsur yang sama, sudah pastilah manusia mempunyai naluri dan citarasa yang sama. Setiap manusia inginkan kebebasan , keselamatan, keamanan, kemakmuran dan lain lain dalam semua peringkat kehidupan. Namun kekadang hak-hak asasi ini tidak diberi dalam ruang lingkup yang sepatutnya. Terdapat kekangan-kekangan tertentu yang menyebabkan manusia tidak mendapat hak yang sepatutnya menjadi milik mereka. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai sejarah hak asasi manusia dan perlaksanaannya dalam konteks global dan lokal yang merangkumi aspek komuniti. Perbincangan juga akan menyentuh tentang hak asasi manusia menurut kaca mata Islam secara analisis. Sistem nilai masyarakat pasca modenism perlu mengambil kira isu ini secara serius.
Actions (login required)
 |
View Item |